Skip to main content

Hiburan

Josiah Hogan Harap Penggiat Industri Hargai Pelakon Lama - “Bukan Mempersoalkan Rezeki…”

Josiah Hogan Harap Penggiat Industri Hargai Pelakon Lama - “Bukan Mempersoalkan Rezeki…”

Sekilas

  • Josiah Hogan menyeru industri seni supaya terus memberi peluang dan kepercayaan kepada pelakon senior yang telah lama berbakti dalam bidang lakonan.
  • Beliau menegaskan pengorbanan pelakon ketika popular harus dihargai, dan pelakon yang mempunyai masa lapang juga berpotensi membawa watak dengan baik.
  • Josiah berkongsi pengalamannya sebagai pilihan keempat untuk watak dalam filem Takluk, yang tetap mendapat perhatian walaupun bukan calon utama.
Advertisement

Pelakon Josiah Hogan berharap penggiat industri terus memberikan kepercayaan dan peluang kepada pelakon senior yang sudah menghabiskan sebahagian besar kehidupan mereka dalam dunia seni.

Menurut Josiah, kekurangan tawaran pada penghujung kerjaya bukan perkara mudah untuk dihadapi, terutama selepas seseorang pelakon mencurahkan masa serta tenaga selama puluhan tahun kepada industri.

Advertisement

“Kita sebagai pelakon habiskan masa dan tenaga dalam industri selama 16, 20 atau 30 tahun. Kalau tiba-tiba di hujung perjalanan kita dah kurang mendapat perhatian, susah untuk berpatah balik.

“Kita tak boleh jadi muda semula dan mula bekerja. Industri kita ini berasaskan kepercayaan,” katanya ketika diminta mengulas pandangan bahawa pelakon lama semakin diketepikan berbanding muka baharu.

Josiah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lembut filem Takluk 2: Op Daulat di Kementerian Pertahanan (MINDEF), baru-baru ini.

Advertisement

Mengulas lanjut, Josiah berpendapat pengorbanan pelakon ketika berada di puncak populariti sepatutnya terus dihargai apabila usia mereka meningkat.

Katanya, kepercayaan yang diberikan kepada industri perlu disambut dengan peluang serta penghargaan setimpal terhadap pengalaman mereka.

“Yang menyedihkan apabila kita tidak diberikan kepercayaan seperti yang kita berikan kepada industri.

“Ketika muda dan sedang popular, dia dah habiskan masa mudanya untuk industri. Tetapi apabila sampai di penghujung, kita tidak menghargai perkara itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Josiah menegaskan pandangannya bukan bertujuan menuding jari kepada mana-mana individu, sebaliknya berharap ruang pekerjaan dapat dibuka kepada lebih ramai pelakon.

Menurutnya, kepelbagaian watak dalam sesebuah naskhah memberikan peluang kepada penerbit untuk mempertimbangkan pelakon lain yang mempunyai kelapangan jadual.

“Banyak karakter dan ramai pelakon yang kita boleh ambil. Kenapa tidak panggil pelakon yang ada masa?

“Bukan mempersoalkan rezeki, tetapi kalau seseorang itu tidak mempunyai kelapangan, ambillah pelakon lain yang ada masa,” katanya.

Berkongsi pengalaman sendiri, Josiah mendedahkan dia pernah menjadi pilihan kedua, ketiga malah keempat untuk membawakan sesuatu watak.

Antaranya termasuk watak SAC Kamal menerusi filem Takluk yang menurutnya tetap memberikan impak kepada penonton meskipun dia bukan calon utama.

“Untuk watak SAC Kamal pun saya pilihan keempat. Tetapi babak saya dengan Datuk Ahmad Tamimi Siregar menjadi tular dan diperkatakan orang.

“Bukan nak cakap kalau pilihan pertama, kedua atau ketiga yang bawa watak itu perkara sama tidak akan berlaku. Kita tidak tahu sebab rezeki Tuhan yang beri,” jelasnya.

Josiah percaya pelakon yang mempunyai masa untuk memberikan tumpuan kepada sesuatu karakter juga berpotensi menghasilkan persembahan berkesan.

“Mana tahu apabila dia bawa karakter itu, ia boleh menjadi tular sebab dia ada masa dan fikirannya terbuka untuk mendalami watak.

“Mungkin dia boleh membawakan watak itu dengan lebih kuat. Kita tidak semestinya perlu mengambil pelakon yang jadualnya padat,” tuturnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement