Skip to main content

Selebriti

Josiah Hogan Terbuka Bawa Watak Sensitif, Tapi Harus Jaga Batas Agama & Budaya - “Kebebasan Berkarya Tak Seharusnya Dijadikan Alasan…”

Josiah Hogan Terbuka Bawa Watak Sensitif, Tapi Harus Jaga Batas Agama & Budaya - “Kebebasan Berkarya Tak Seharusnya Dijadikan Alasan…”

Sekilas

  • Pelakon Josiah Hogan terbuka untuk membawa watak berkaitan isu LGBT jika naskhah tersebut bertujuan memberi kesedaran dan mesej yang jelas kepada penonton.
  • Josiah menegaskan pentingnya menjaga batas agama, budaya, dan undang-undang tempatan dalam setiap karya seni walaupun kebebasan berkarya semakin meluas melalui platform digital.
  • Josiah juga menekankan rundingan antara pelakon dan pengarah perlu dilakukan jika terdapat babak yang tidak sesuai dengan nilai masyarakat walaupun kontrak sudah ditandatangani.
Advertisement

Pelakon Josiah Hogan, 39, terbuka menjayakan watak berkait isu LGBT sekiranya naskhah tersebut bertujuan memberikan kesedaran.

Namun kata Josiah, dia tetap berpendirian tegas bahawa agama, budaya, dan undang-undang tempatan wajib dipelihara.

Advertisement

Tegasnya Josiah lagi, dia tidak menyokong mahupun menentang naskah berkisar hubungan songsang kerana sebagai penggiat filem, menjadi tanggungjawab mereka menyampaikan cerita yang mampu memberi pengajaran kepada penonton.

“Saya akan terima sebab sebagai pelakon watak itu mampu mencabar kredibiliti saya.

“Tapi kena tahulah apa batas-batasnya kerana sebagai pelakon, cabarannya adalah watak macam mana yang boleh kita bawakan.

“Bagi saya kalau naskah itu dipersembahkan dengan apa yang audiens boleh faham, mereka takkan kecam,” katanya.

Josiah berkata demikian ketika ditemui pada Pelancaran Treler dan Poster filem Orang Perang di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.



Ujar Josiah lagi, negara kita masih terikat dengan cara hidup konservatif dan kesucian agama masih dipegang teguh.

Justeru, walaupun platform digital memberikan kebebasan kepada industri untuk berkarya, namun batas yang melanggar kesucian agama tetap perlu dijaga.

“Kita perlu faham bahawa Malaysia ialah negara konservatif. Dalam apa-apa perkara pun, agama perlu diutamakan.

“Kita juga perlu menghormati Rukun Negara. Jika mahu menyampaikan sesuatu mesej, kita perlu mengambil kira peraturan yang ada.

“Kebebasan berkarya tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghasilkan kandungan tanpa mengambil kira kesesuaian dengan budaya dan nilai masyarakat tempatan.

“Jadi kalau kita nak sampaikan sesuatu mesej, kita kena tengok apa peraturan yang kita ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Josiah menegaskan rundingan antara pelakon dan pengarah perlu dilakukan sekiranya terdapat babak yang dirasakan tidak bersesuaian dengan batas agama dan budaya masyarakat walaupun sudah menandatangai kontrak.

“Kadang-kadang kami tak tahu watak dan babak yang akan dibawa tapi disebabkan dan tandatangan kontrak kita kena akur dengna kehendak produksi.

“Tapi itu tak bermakna kita tak boleh berunding dengan pengarah. Tak dinadikan cerita itu ada mesej yang nak disampaikan tetapi tetap kena jaga batas.

“Saya tak berniat nak petik nama sesiapa, tapi kadang-kadang saya perhatikan apbila ada babak yang tidak sepatutnya ramai saja yang gembira di set tapi bila dibantai barulah semua nak gelabah,” katanya.



Josiah juga berkata, sebelum ini ada beberapa karya tempatan  yang mengetengahkan watak atau isu berkaitan LGBT dan identiti gender, tetapi masih mengekalkan penceritaan yang sesuai.

“Dalam Seribu Tahun, misalnya, terdapat watak gay yang ditampilkan di televisyen, tetapi penceritaan dan mesejnya masih dijaga.

“Begitu juga dengan Khunsa lakonan Vanidah Imran dan Faizal Hussein. Tapi bukan bererti kreativiti boleh dilonggarkan atau masyarakat perlu berfikiran terbuka tapi macam saya kata kena fikirkan soal agama dan budaya,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement