Skip to main content

Hiburan

Jual Air Kelapa Di Bazar, Sophia Albarakbah Nak Galakkan Orang Ramai Kurangkan Minum Air Manis

Sophia

Pelakon, Sophia Albarakbah mengambil peluang bulan Ramadan kali ini untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjual air kelapa pandan asli bersama kakaknya di bazar ramadan.

Menurut Sophia, idea tersebut tercetus kerana minatnya yang mendalam terhadap minuman berasaskan kelapa, selain mahu menawarkan pilihan yang lebih sihat kepada orang ramai.

“Tahun ini, saya dan kakak akan menjual air kelapa pandan yang memang asli. Kalau tiada penggambaran, saya akan bantu kakak di bazar.

“Saya memang suka air kelapa sebab kurang gemar minuman yang terlalu manis dan bergula,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia berkongsi sebab mengapa dia mahu menjual air kelapa pandan kerana mahu menggalakkan masyarakat untuk minum minuman kurang gula.

“Selalunya di bazar, air kelapa dijual dalam balang dengan dicampur gula dan ais. Tetapi kami jual yang asli kerana lebih sihat kalau minum terus dari buah kelapa. Kadang-kadang saya sendiri skeptikal soal kebersihan ais itu. Jadi air kelapa kami lebih sihat. Malah ada kandungan elektrolit yang baik untuk tubuh badan.

“Saya juga mahu galakkan orang untuk kurangkan gula,” ujarnya.

Sophia juga tidak menolak mungkin berhadapan dengan kritikan pembeli namun baginya perkara itu bagus bagi mereka memperbaiki apa yang sepatutnya.

“Kami akan berlapang dada menerima setiap maklum balas daripada pembeli, itu yang penting sebenarnya.

“Apa pun kami sebolehnya mahu berikan perkhidmatan terbaik. Saya meniaga kali ini sebab memang sangat minat air kelapa,” tambahnya.

Pada masa sama, Sophia juga akan tampil dengan filem terbaharu iaitu Amir Amira. 

Dalam filem ini, Sophia akan bergandingan dengan pelakon hebat antaranya Zahiril Adzim, Kartina Aziz, dan Fezrul Khan.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement