Skip to main content

Selebriti

Juliana Evans Syukur Bakal Sambut Kehadiran Anak Ketiga - “Me? A Mother Of Three?”

Juliana Evans hamil

Sekilas

  • Che Puan Juliana Evans mengumumkan kehamilan anak ketiga menerusi hantaran di platform Threads.
  • Juliana berkongsi foto dirinya tersenyum sambil memegang perut dan menyatakan tahun ini masa sesuai untuk tambah ahli keluarga.
  • Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah, sudah dikurniakan dua cahaya mata sejak berkahwin pada 2017.

Pelakon, Che Puan Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Berita tersebut dikongsikan Juliana menerusi satu hantaran di platform Threads pada Khamis.

Lebih istimewa lagi, hantaran itu turut disertakan dengan foto merakamkan dirinya yang sedang tersenyum sambil memegang bahagian perutnya.

“Agaknya saya memang tak serik! Lol, bergurau sahaja.

“Sebenarnya saya memang tahu saya akan menimang sekurang-kurangnya seorang lagi anak dan tahun ini adalah masa yang paling sesuai.

“Saya? Seorang ibu kepada tiga orang anak? Saya sendiri masih cuba untuk menghadam kenyataan itu,” katanya.

Sementara itu, perkongsian tersebut juga turut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada netizen.

Untuk info, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan Tengku Ihsan.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement