Skip to main content

Hiburan

Jungkook Beri Amaran! Akan ‘Kurung’ Siapa Cuba Ceroboh Kawasan Rumah - “Anda Tidak Akan Keluar Kecuali…”

Joongkook nak kurung

Ahli Kumpulan BTS, Jungkook memberi peringatan keras kepada peminat yang cuba untuk menceroboh masuk kawasan rumahnya. 

Menurut Jungkook, dia tidak teragak-agak untuk mengurung mereka yang melampaui batas dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa. 


“Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan tapi bukan dengan cara sebegini. Kalau datang mencari saya, saya akan pastikan anda ditangkap. Semuanya dirakam, bukti ada, dan anda hanya akan dibawa pergi.

“Kalau masuk ke kawasan parkir rumah saya, anda tidak akan keluar kecuali saya sendiri yang buka pintu. Jika tidak mahu dibawa ke balai polis, jangan sesekali datang,” katanya. 

Ketika melakukan siaran langsung bersama peminat sempena hari lahirnya, Jungkook menceritakan bagaimana dia menyaksikan sendiri kejadian seorang wanita cuba untuk menceroboh kawasan rumahnya  menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya.

Lebih mengejutkan, individu yang ditahan itu didakwa memberi alasan kononnya dia adalah ‘kawan’ kepada Jungkook.

“Saya melihat semuanya melalui CCTV dari rumah. Bila saya dengar polis datang, mereka cuba membuka pintu dan melarikan diri dengan tergesa-gesa dari tempat letak kereta bawah tanah,” jelasnya.

Advertisement

“Orang itu mengaku sebagai kawan saya. Walaupun ARMY adalah keluarga dan sahabat saya, perbuatan sebegini amat dikesalkan,” tambahnya.

Ini bukan kali pertama Jungkook berdepan situasi pencerobohan atau gangguan privasi. Sebelum ini, ada individu yang cuba menghantar makanan ke rumahnya atau cuba meneka kata laluan pintu bagi menceroboh masuk.

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Must-Watch Video