Skip to main content

Viral

Jurusolek Kongsi Foto Anak Nasir Bilal Khan Bertunang, Ramai Terpukau - "Cantiknya Anak Tok Adi, Hidung Terletak Elok!"

Astro Gempak anak nasir

Sekilas

  • Majlis pertunangan anak pelakon veteran Nasir Bilal Khan menjadi tular selepas gambar-gambar acara tersebut dikongsi di media sosial.
  • Bakal pengantin tampil anggun dengan solekan natural dan persalinan berwarna krim, menarik perhatian ramai netizen.
  • Wajah manis dan kecantikan semula jadi anak Nasir Bilal Khan dipuji ramai, dengan doa agar urusan pertunangan dipermudahkan.
Advertisement

Majlis pertunangan anak kepada pelakon veteran, Nasir Bilal Khan menjadi perhatian ramai selepas gambar-gambar pada acara tersebut tular di media sosial.

Perkongsian yang dimuat naik oleh jurusolek, Nurul Amaliena memaparkan wajah bakal pengantin yang tampil anggun dalam persalinan berwarna krim lengkap dengan solekan natural.

Advertisement

Bagaimanapun, bukan majlis pertunangan itu sahaja yang menjadi bualan, malah wajah anak Nasir Bilal Khan turut mencuri perhatian warga maya sehingga ruangan komen dibanjiri pelbagai pujian.

Rata-rata netizen menyifatkan wanita berkenaan memiliki raut wajah yang manis dan menenangkan selain memuji kecantikan semula jadinya.

“Masya Allah cantik, hidung terletak elok,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ya Allah cantiknya,” komen seorang lagi netizen.

Tidak kurang juga yang menganggap kecantikan anak pelakon drama popular 'Tanah Kubur' itu sebagai antara tarikan utama dalam perkongsian tersebut.

“Subhanallah lawa anak dia,” tulis seorang pengguna.

“Cantik betul anak Tok Adi,” komen seorang lagi.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan sesiapa yang berjaya menawan hati wanita itu dianggap cukup bertuah.

“Cantiknya anak dia, tapi sayang dah berpunya. Kalau tak berpunya pun belum tentu dapat,” gurau seorang netizen.

Dalam masa sama, ramai turut mendoakan agar urusan pertunangan pasangan tersebut dipermudahkan sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber: Nurul Amaliena

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

Must Watch Video

Advertisement