Skip to main content

Hiburan

Kad Koleksi Ekslusif Papa Zola The Movie Tersebar? Peminat Mula ‘Detect’ Adanya Tayangan Semula

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • Peminat Papa Zola The Movie mula berteka-teki mengenai tayangan semula ‘Special Extended Version’ selepas tersebarnya imej kad koleksi misteri.
  • Visual tular dengan logo ‘Special Extended Version’ dipercayai membawa kejutan istimewa dan menjadi bahan spekulasi dalam kalangan netizen.
  • Tayangan semula filem animasi ini dijadualkan bermula 11 Jun, memberi peluang kepada peminat menikmati versi lebih panjang di pawagam.
Advertisement

Belum pun ditayangkan semula namun peminat Papa Zola The Movie mula berteka-teki mengenai tayangan semula ‘Special Extended Version’ filem animasi itu selepas tersebarnya bebedapa imej kad koleksi misteri

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat, malah ada yang mula membuat spekulasi mengenai kemungkinan kad berkenaan merupakan koleksi yang disediakan khas sempena tayangan semula filem itu.

Advertisement

Lebih menarik, sebahagian netizen turut mendakwa visual tular yang memaparkan logo ‘Special Extended Version’ bakal hadir dengan beberapa kejutan istimewa buat para peminat.

Di platform media sosial, ramai dilihat berkongsi semula imej berkenaan sambil cuba meneka sama ada kad tersebut akan diedarkan kepada penonton atau menjadi sebahagian daripada kempen promosi filem itu.

Meskipun tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat setakat ini, perbincangan mengenainya terus rancak dalam kalangan peminat yang tidak sabar menantikan tayangan semula Papa Zola The Movie: Special Extended Version.

Bakal ditayangkan semula di pawagam bermula 11 Jun depan, ia pastinya akan memberi peluang kepada peminat untuk menikmati semula pengembaraan Papa Zola menerusi versi yang lebih ‘extended’.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Must Watch Video

Advertisement