Skip to main content

Hiburan

"Kadang-Kadang Saya Harap Ayah Masih Ada..." - Anak Mendiang R. Ramasundran Luah Rasa Rindu

Menerusi satu hantaran di Threads, Sindu mengakui dia sering berharap bapanya masih ada untuk membimbingnya dalam industri seni. 

Sekilas

  • Sindu Ramasundran, anak pelawak legenda mendiang R. Ramasundran, meluahkan rasa rindu dan harapan agar bapanya masih ada untuk membimbingnya dalam industri seni.
  • Sindu berkongsi memori manis bersama bapanya ketika di set penggambaran dan mengembara untuk sesi penggambaran.
  • Netizen turut mengenang jasa mendiang sebagai pelawak popular era 1990-an dan menyokong Sindu meneruskan legasi bapanya.
Advertisement

Anak kepada pelawak, mendiang R. Ramasundran iaitu Sindu Ramasundran meluahkan rasa rindu terhadap bapanya. 
 

Menerusi satu hantaran di Threads, Sindu mengakui dia sering berharap bapanya masih ada untuk membimbingnya dalam industri seni. 
 

Advertisement

“Kadang-kadang saya berharap ayah masih ada untuk membimbing saya dalam industri perfileman walaupun selama ini saya sentiasa berdiri di atas kaki sendiri.
 

“Memori kegemaran saya sudah tentu saat meluangkan masa bersama di set penggambaran serta mengembara untuk sesi penggambaran. Saya rindukan ayah,” tulisnya.
 

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa rindu terhadap watak-watak komedi yang pernah dibawakan oleh mendiang, malah menyifatkan mendiang sebagai antara pelawak yang cukup dikenali menerusi sitkom popular era 1990-an.
 

“Masa kecil memang seronok tengok filem-filem dia! By the way, anaknya cantik sangat!

“Mendiang ayah awak seorang legenda komedi. Salah seorang pelakon sitkom Jangan Ketawa yang sangat popular pada awal 90-an. Saya doakan yang terbaik untuk awak.
 

“Terima kasih Uncle Moorthi, Rambo Chin dan Zaibo kerana telah menghiburkan kami.

“Tak apa, awak akan berjaya. Seronok melihat ada insan yang meneruskan legasinya. Kami semua membesar dengan lawak jenaka dan lakonannya.
 

“Mendiang Uncle Rama dan Uncle Rambo Chin ialah pelawak legenda bukan Melayu yang mewarnai zaman kanak-kanak saya," tulis netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement