Skip to main content

Hiburan

“Kadang-Kadang Wang Boleh Ubah Segalanya, Bila Banyak Duit, Kita Mungkin…” - Siti Khadijah Halim

Siti Khadijah Halim

Sekilas

  • Siti Khadijah Halim menasihatkan orang ramai supaya tidak memberikan kritikan keterlaluan mengenai isu pembedahan plastik kerana setiap orang ada sebab dan situasi tersendiri.
  • Pelakon itu berkata faktor kewangan dan persekitaran boleh mempengaruhi seseorang untuk mengubah penampilan mereka, namun dia berharap orang tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi terhadap dirinya.
  • Siti Khadijah juga bakal muncul dalam drama baru berjudul Cinta Dalam Sekam yang menampilkan beberapa pelakon terkenal lain.
Advertisement

Pelakon, Siti Khadijah Halim berpendapat orang ramai tidak sewajarnya memberikan ulasan atau kritikan yang keterlaluan susulan hangatnya perdebatan mengenai isu pembedahan plastik sejak akhir-akhir ini.

Malah, Siti Khadijah berpendapat bahawa keinginan untuk melakukan perubahan pada wajah boleh wujud apabila seseorang itu mempunyai sumber kewangan yang stabil.

Advertisement

"Pada saya, ini bukan tempat saya untuk bercakap sebabkan perbalahan orang lain. Siapalah saya untuk komen tapi pada saya jangan berkata lebih sebab kita pun tak tahu bila masa kita kena.

"Bila kita semakin dewasa, kita boleh berfikir tapi kadang-kadang wang pun boleh mengubah segala-galanya.

"Bila kita banyak duit, kita mungkin sedikit lalai dan nak naik taraf.

"Mungkin bila kita ada duit lebih kita pergi buat rawatan muka kemudian berubah ke arah nak buat dagu, kening atau macam-macam lagi," katanya kepada Gempak.

Siti Khadijah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis tayangan perdana Viu Original, Cinta Dalam Sekam bertempat di Odeon Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Siti. Khadijah turut berpendapat bahawa faktor persekitaran juga boleh mendorong seseorang itu untuk mengubah penampilan mereka.

"Kadang-kadang benda begini di sekeliling boleh mengubah kita.

"Jadi apa yang saya boleh cakap dan pesanan diri adalah jangan bercakap lebih sebab kita tak tahu kita akan ke mana," katanya lagi.

Sering dipuji memiliki kecantikan yang semula jadi, Siti Khadijah bersyukur dengan pujian tersebut selain berharap orang ramai tidak melakukan secara berlebihan.

"Saya ada Threads, tapi ramai juga kenalan saya yang tangkap layar dan hantarkan kepada saya, sanggup tau.

"Jadi, saya rasa sangat berterima kasih kepada mereka yang memuat naik. Saya rasa terharu tapi sebenarnya saya biasa sahaja.

"Tolong jangan ada ‘high expectation’ (jangkaan tinggi). Takut jumpa dalam kehidupan sebenarnya tiba-tiba lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Siti Khadijah bakal tampil menerusi drama baharu lakonannya yang berjudul Cinta Dalam Sekam.

Selain Siti Khadijah, drama ini turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Amir Ahnaf, Datuk Razak Ahmad dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement