Skip to main content

Hiburan

“Kadang Kita Sudah Cukup Berhati-Hati Tapi Sebabkan Kecuaian Orang Lain…” - Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny

Pelakon, Ezzanie Jasny mengakui masih trauma susulan kemalangan yang dihadapinya bersama keluarga baru-baru ini.

Kata Ezzanie, kejadian itu membuatkan dia takut untuk memandu kereta dalam waktu terdekat ini.

“Saya trauma, masih fobia dan tidak berani memandu kereta buat masa ini. Saya akan meminta pembantu memandu untuk saya.

“Kadang kita sudah cukup berhati-hati, tapi disebabkan kecuaian orang lain, kita tetap berisiko mengalami kemalangan. Apa pun, saya masih trauma,” katanya kepada Gempak.

Ezzanie berkata demikian pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment.

Meskipun masih ada lagi kesan daripada kemalangan itu, Ezzanie bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana keadaanya kini semakin stabil dan boleh kembali bekerja seperti biasa.

“Bengkak di kepala yang saya alami sebenarnya belum pulih sepenuhnya. Ia tidak kelihatan kerana ditutupi oleh rambut. 

“Apa pun saya bersyukur kerana pendarahan yang saya alami bukan dalam otak, sebaliknya di luar tengkorak. Cuma sekarang ini saya masih mengalami vertigo yang cukup terasa ketika baring. Insya-Allah saya yakin keadaan saya akan pulih sepenuhnya nanti,” ujarnya.

Bercerita mengenai kemalangan itu, Ezzanie memaklumkan bahawa kejadian berlaku sepantas kilat tanpa amaran.

“Kemalangan itu berlaku cepat, ketika kenderaan yang saya dan ibu bapa saya naiki dipandu masuk ke perkarangan rumah, tiba-tiba muncul kereta melanggar kereta kami. Saya pengsan semasa kejadian, hanya sedarkan diri keesokan pagi.

“Rupanya ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh pada malam sama, jururawat dan kawan-kawan saya cuba sedarkan saya kerana khuatir saya koma jika tertidur,” kongsinya.

Terdahulu, Ezzanie memaklumkan dirinya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), ibu bapa kepada pelakon berusia 26 tahun itu difahamkan dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, keadaan Ezzanie masih dalam pemerhatian doktor ekoran kecederaan yang dialami di kepala.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement