Pelakon, Mira Filzah menyifatkan perkahwinan sebagai satu fasa kehidupan dan tidak seharusnya ditakuti oleh masyarakat atau golongan muda pada masa kini.
Jelas Mira atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman perkahwinan merupakan satu fasa yang menyeronokkan dan ia juga ibadah dalam Islam.
"Kahwin itu seronok, kenapa takut nak kahwin?
"Tak adalah kahwin itu sebenarnya satu ibadah, dia seronok asalkan sebelum kita berkahwin itu kita cari pasangan yang sesuai dengan kita dan keluarga," katanya kepada Gempak.
Namun, Mira juga mengingatkan kepada orang ramai agar mencari seseorang yang serasi dalam menjalani kehidupan dalam berumah tangga.
"Sekufu ni bukan dari kerja dan gaji sahaja tapi pemikiran, bagaimana cara kita berbelanja dan sebagainya. Kena nilai banyak aspek tapi kahwin ini seronok, jangan takut. Seronok ada orang teman selalu sampai hari tua nanti," tambahnya.
Dalam perkembagan lain, Mira Filzah baharu sahaja tampil dengan lakonan terbarunya menerusi filem Akad Yang Hilang bersama Syarul Ezani.
Selain Mira dan Syarul, filem terbitan Astro Shaw yang diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri turut dibintangi Idan Aedan, Sherie Merlis dan Aleza Shadan.
Sinopsis:
Akad Yang Hilang memaparkan kisah Maryam yang ingin berkahwin dengan kekasih pilhan hatinya, Ammar. Sebagai sebahagian proses pendaftaran perkahwinan, Maryam memohon wali hakim kerana bapanya, Husni, telah meninggal dan satu-satunya adiknya, Zaki, baru berumur 17 tahun. Walau bagaimanapun, langkah yang sepatutnya mudah menjadi rumit dengan pendedahan yang mengejutkan.
Mahkamah Syariah memaklumkan perkahwinan ibu bapa Maryam tidak sah kerana fasid. Masalah Maryam itu tersebar di media sosial sehingga menjadi perbualan negatif masyarakat.
Persoalannya, bagaimana Maryam ingin meneruskan perkahwinannya, berhadapan stigma orang sekeliling dan mencari jawapan mengenai statusnya sebagai anak yang sah.