Skip to main content

Hiburan

“Kak Cik Tak Tahu Nak Cakap Apa, Terlalu Awal Mama Pergi” – Ezlisa Loy

“Kak Cik Tak Tahu Nak Cakap Apa, Terlalu Awal Mama Pergi” – Ezlisa Loy

Sekilas

  • Pelakon Ezlisa Aloy berkongsi rasa rindu dan penghargaan terhadap arwah ibunya, Filzah Yusoff, yang meninggal dunia baru-baru ini.
  • Dalam perkongsian Instagram, Ezlisa mengenang pengorbanan dan kasih sayang ibunya dalam membesarkan mereka sekeluarga.
  • Ezlisa yakin arwah ibunya kini berada di tempat yang lebih baik dan berjanji akan meneruskan amalan serta nilai yang diajarkan oleh ibunya.
Advertisement

Pelakon, Ezlisa Aloy meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya iaitu Filzah Yusoff yang menghembuskan nafas terakhir pada Ahad yang lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ezlisa mengimbau semula jerih perih arwah ibunya yang banyak berkorban untuk membesarkan dirinya dan adik-beradik yang lain sejak kecil.

Advertisement

“Mama, kak cik sayang mama tau. Kami bertuah sangat dapat mama sebagai ibu.

“Mama dah jaga kami dengan baik, bukan setakat di dunia tapi sampai akhirat. Mama dengan Kakak memang dah berhempas pulas besarkan kami.

“Mama risau sangat dekat kami kan. Tak apa, kami ada satu sama lain dan setiap hari dapat tengok Mama. Orang yang sayangkan Mama pun sentiasa ambil berat pasal kami,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Ezlisa mengakui dirinya masih sukar menggambarkan perasaan selepas kehilangan ibu tercintanya itu.

“Kak cik tak tahu lah nak cakap apa Ma. Terlalu awal mama pergi. Rasa rindu itu pasti ada dan dalam masa yang sama kak cik bersyukur Allah dah aturkan yang terbaik untuk Mama.

“Allah bagi masa untuk kami ada dengan Mama sebelum mama pergi,” tambahnya lagi.

Di akhir perkongsian, Ezlisa menzahirkan rasa cinta terhadap sambil meluahkan rasa yakin arwah ibunya kini berada di tempat yang lebih baik.

“Mama tinggalkan kami dengan senyuman di wajah dan ramai orang datang untuk Mama. Jadi kak cik yakin sangat Mama berada di tempat yang lebih baik.

“Dan mama jangan risau! Kak cik dan yang lain akan ikut amalan Mama sebab kami dah nampak sendiri betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap Mama. Kakcik pun nak jadi macam Mama.

“I love you, mama,” tulisnya lagi.

Pada 13 September lalu, kakak kepada Ezlisa iaitu Elfira memaklumkan ibunya iaitu Filzah Yusoff, telah menghembuskan nafas terakhir selepas berada dalam keadaan kritikal dan menjalani prosedur intubasi di hospital.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement