Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Kakak Ipar Terharu, Ramai Datang Raikan Syed Saddiq & Bella - “Kami Agak Risau, Malam Sebelum Majlis Hujan Lebat…”

Kakak Ipar Terharu, Ramai Datang Raikan Syed Saddiq & Bella - “Kami Agak Risau, Malam Sebelum Majlis Hujan Lebat…”

Sekilas

  • Aishah Kamal, kakak ipar Syed Saddiq, bersyukur majlis perkahwinan di Muar berjalan lancar dengan kehadiran lebih 10,000 tetamu dari seluruh Malaysia dan Singapura.
  • Keluarga tidak menyangka sambutan begitu meriah dan memohon maaf jika terdapat kekurangan sepanjang majlis kenduri rakyat tersebut.
  • Walaupun hujan lebat sehari sebelum majlis, cuaca bertambah baik pada hari acara, membolehkan majlis berlangsung seperti dirancang.
Advertisement

Kakak ipar kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Aishah Kamal meluahkan rasa syukur apabila majlis sambutan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah di Muar, Johor, berjalan lancar.

Menurut Aishah, pihak keluarga tidak menyangka kehadiran orang ramai yang begitu meriah bagi meraikan pasangan pengantin baharu itu.

Advertisement

“Kami bersyukur alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kau pun tidak expect ramai sangat yang datang.

“Masya-Allah terima kasih mendoakan Saddiq dan Bella, terima kasih juga kerana datang dan memeriahkan majlis,” katanya.

Aishah berkata demikian ketika ditemui Gempak di majlis resepsi ‘kenduri rakyat’ Syed Saddiq dan Bella Astillah yang berlangsung di Muar pada Ahad.

Advertisement

Aishah juga turut memohon maaf bagi pihak keluarga sekiranya terdapat kekurangan pada majlis berkenaan.

“Kami minta maaf dari pihak kami kalau ada terkurang dari segi makanan atau apa-apa yang terkurang daripada pihak kami.

“Kami harap doa daripada anda semua semoga pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aishah berkongsi bahawa pihak keluarga berasa sedikit bimbang kerana hujan lebat sebelum majlis berlangsung.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila keadaan cuaca pada pagi majlis bertambah baik, sekali gus membolehkan acara berjalan seperti yang dirancang.

“Sebenarnya sehari sebelum majlis kami agak risau kerana tengah malam hujan lebat tetapi bila bangun pagi, alhamdulillah Allah memberkati majlis kami.

“Sangat-sangat happy dan terharu dengan orang ramai yang hadir pada majlis ini. Terima kasih sangat,” kongsinya.

Untuk info, lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Syed Saddiq dan Bella Astillah yang berlangsung di Muar, Johor pada Ahad.

Majlis yang bertemakan kenduri rakyat itu bukan sahaja menghimpunkan penduduk setempat, malah turut menerima kehadiran tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Must Watch Video

Advertisement