Skip to main content

Hiburan

Kakak Prince Syed Kongsi Video Adik Ipar Di Hospital, Minta Netizen Tunggu Video Penjelasan - “Kisah Sebenar Hanya Allah Tahu”

ddfg

Kakak kepada pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed, yang dikenali sebagai Queen Syarifah Syah, tampil berkongsi keadaan adik iparnya, Fatin Syazwani yang kini dipercayai sedang menerima rawatan di hospital.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita berkenaan memuat naik video memperlihatkan tangan Fatin yang dipasang artline (alat khas untuk menyalurkan ubat dan cecair) dipercayai ketika dirawat di hospital.

Advertisement

 

@queen_syarifah Moga adik iparku cepat baik..kisah sebenar hanya Allah yg tahu..kakak tetap syg korang@Fatinsyedjaedenhaifa1923 @Prince Syed Couture ♬ original sound - Queen Syarifah Syah

 “Moga adik iparku cepat baik… kisah sebenar hanya Allah yang tahu. Kakak tetap sayang korang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati terhadap Fatin, selain mempersoalkan punca sebenar wanita itu dirawat.

Antara komen netizen:

“Kejamnya… keluarga sendiri tak boleh tengok anak sendiri. Ingat, kamu pun ada anak, satu hari nanti benda ni boleh berbalik.

“Ah, kenapa mak dia tak boleh jumpa dia?

“Apa yang korang takutkan kalau tak salah? Apa yang dibuat dekat Fatin?

Tidak berdiam diri, kakak Prince Syed kemudian tampil memberi respon dengan menafikan dakwaan bahawa keluarga mereka menghalang keluarga Fatin daripada melawat.

“Memang kejam kalau kami tak bagi jumpa, tapi kami tak buat macam tu. Tunggu video kami ya.

“Siapa yang cakap kami tak bagi… tak baik fitnah.

“Sebab kami tak salah, sebab tu kami tak takut. Kami diam sebab malas layan orang meroyan,” balasnya. 

Terdahulu, ibu mentua kepada Prince Syed mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.

Dalam video lain yang turut tular, wanita tersebut mendakwa anaknya kini berada dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya.

Sementara itu, hantaran lain di media sosial mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.

Setakat ini, Prince Syed belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan atau insiden yang tular sejak beberapa hari lalu.

Must-Watch Video

Advertisement