Skip to main content

Hiburan

Kakak Umisya Mohon Danish Hakim Jalankan Tugas Sebagai Abang, Periksa Kondisi Marissa Dania - “Dia Sorang Dekat Rumah, Tengah Nak U-turn Balik…”

ASTROGEMPAK Kakak Umisya

Sekilas

  • Kak Ya Nadia menasihati Danish Hakim untuk berhenti memuat naik status dan fokus menjaga adik mereka, Marissa Dania, yang kini berada di rumah dan dilaporkan dalam keadaan tidak stabil.
  • Kak Ya Nadia juga berharap keluarga Marissa tidak mengulangi kesilapan lalu dan berhenti mengganggu emosi serta mental Umisya Mazlan.
  • Marissa mengesahkan proses cerai dengan suaminya, Ahmad Aslam, sedang berjalan dan meminta semua pihak berhenti membuat andaian tanpa fakta jelas.

Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan yang dikenali sebagai Kak Ya Nadia menasihati abang kepada Marissa Dania iaitu Danish Hakim untuk berhenti memuat naik status sebaliknya jalankan tanggungjawab menjaga adik. 

 

Menerusi Instastory, Kak Ya Nadia meminta Danish untuk memeriksa keadaan Marissa yang kini berada di rumah seorang diri dan didakwa ingin membuat keputusan untuk ‘u-turn’ sejak semalam. 

 

“Jangan up saja status macam ni, jangan seronok up status. Tolong! Awak anak sulung jalankan tanggungjawab awak, ganti tempat papa awak, tolong jadi support sistem untuk adik awak sekarang. Call mama, abah, mummy, papa awak semua. 

 

“Pergi periksa kondisi adik awak, tanya dia ok ke tidak. Dia sekarang sorang-sorang dekat rumah tu tengah nak uturn balik ni dari semalam,” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Kak Ya Nadia turut berharap pihak keluarga Marissa tidak mengulangi kesilapan yang sama selain meminta untuk berhenti menganggu emosi dan mental Umisya.  

 

“Tolong jangan ulangi kesilapan yang sama dengan biar dia macam tu. Tolong ambil iktibar dengan apa yang dah jadi sebelum ni. Tolonglah stop kacau emosi dan mental @umisyamazlan,” tegasnya.

 

Terdahulu, Danish memuat naik status di Instastory mendoakan agar ibu bapa dan adiknya, Marissa dalam keadaan baik dan terus kuat untuk hadapi ujian mendatang. 

 

Pada Rabu, Marissa mendedahkan prosiding itu ditangguh disebabkan dia masih belum memberi sebarang keterangan bagi kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk. 

 

Dalam pada masa yang sama, Marissa turut mengakui dia dan suaminya iaitu Ahmad Aslam kini dalam proses cerai dan berharap semua pihak berhenti membuat kesimpulan dan andaian. 

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must-Watch Video

Advertisement