Skip to main content

Hiburan

Kaki Cedera Kerana Terjatuh, Aisha Retno Optimis Cepat Sembuh Sebelum Pementasan PGLM - “Insya-Allah Sempat…”

Kaki Cedera Kerana Terjatuh, Aisha Retno Optimis Cepat Sembuh Sebelum Pementasan PGLM - “Insya-Allah Sempat…”

Sekilas

  • Aisha Retno mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh di rumah, namun ia tidak serius dan sedang dalam jagaan baik.
  • Walaupun sakit, Aisha tetap optimis untuk meneruskan pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang akan datang.
  • Dia yakin masih ada masa dua minggu untuk pemulihan sebelum pementasan dan mendapat sokongan penuh daripada keluarga serta orang sekeliling.
Advertisement

Penyanyi, Aisha Retno tetap optimis untuk melakukan pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) meskipun mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanannya.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, dia mengakui masih berasa sakit namun mendedahkan kecederaan yang dialaminya kerana terjatuh itu tidak begitu serius.

Advertisement

“Kaki saya tiada apa yang serius. Mungkin apabila saya berjalan, ia nampak serius, tetapi saya hanya terjatuh dan mungkin disebabkan tiada masa mencukupi untuk pulih, keadaan itu menjadi sedikit teruk.

“Bagaimanapun, setakat ini keadaan saya okey dan saya berada dalam jagaan yang baik.

“Saya ada mama, keluarga dan orang sekeliling yang sangat mengambil berat tentang keadaan saya,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Aisha berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 baru-baru ini.

Mengulas mengenai persiapannya menjelang pementasan PGLM, Aisha percaya kecederaan itu tidak akan mengganggu komitmennya memandangkan masih ada masa untuk mendapatkan rawatan.

“Kecederaan ini bukan sebab terjatuh ketika latihan teater, tetapi saya mula perasan sakit ketika latihan. Saya terjatuh di rumah beberapa hari lalu.

“Untuk pementasan PGLM, jika dipermudahkan, kita masih ada dua minggu lagi untuk tempoh pemulihan. Insya-Allah, sempat,” katanya lagi.

Terdahulu, Aisha menarik perhatian ramai apabila dilihat berjalan perlahan dan agak sukar menaiki tangga selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Viral Terhangat pada AMT 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement