Skip to main content

Hiburan

Kaki Cedera Ketika Main Badminton, Fazley Yaakob Terharu DSV Ketepikan Komitmen Kerja Demi Dirinya - “Terima Kasih Sayang”

Kaki Cedera Ketika Main Badminton, Fazley Yaakob Terharu DSV Ketepikan Komitmen Kerja Demi Dirinya - “Terima Kasih Sayang”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob terharu dengan tindakan Datuk Seri Vida yang sanggup pulang awal dari China untuk menjaganya selepas mengalami kecederaan ketika latihan badminton.
  • Vida meninggalkan penggambaran dan komitmen lain demi menemani Fazley mendapatkan pemeriksaan doktor dan menjaga keperluannya.
  • Hubungan rapat mereka mula mendapat perhatian selepas program Talk To My Manager 2, dan mereka kini sedang merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob terharu dengan tindakan usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) yang sanggup mengetepikan urusan kerja demi menjaganya selepas mengalami kecederaan pada bahagian kakinya sewaktu menjalani latihan badminton bagi menghadapi sebuah kejohanan.

Menurut Fazley, Vida yang sepatutnya berada di China membuat keputusan untuk pulang lebih awal bagi menemaninya mendapatkan pemeriksaan doktor.

Advertisement

“Saya tengah berlatih untuk kejohanan badminton, lalu tercedera.

“Saya paling terharu sebab Vida sepatutnya  tak ada dekat Malaysia, dia ada di China. Tapi balik awal, dia kata bukan untuk sokong Melodi sahaja, tetapi dia juga akan teman saya pergi jumpa doktor esok (hari ini).

“Terima kasih sayang sebab balik awal untuk saya. Pemeriksaan itu nanti akan tentukan sama ada saya boleh main badminton untuk kejohanan ataupun tidak, berdebar juga,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Fazleu berkata demikian ketika ditemui di majlis Anugerah Melodi Terhangat 2026 pada Ahad.

Bukan itu sahaja, Fazley turut mendedahkan bahawa Vida sanggup meninggalkan beberapa komitmen yang sudah diatur selepas mengetahui dirinya mengalami kecederaan.

“Betul, masa tu jiwa tengah tak tenang, sebab tak jumpalah, masing-masing sibuk.

“Ketika saya terpelecok Vida tengah ada penggambaran juga. Dia tinggalkan program itu dan dia datang untuk tengok saya.

“Saya rasa dia sangat sweet. Bagi makan, suap makan, basuhkan tangan. Ya Allah, terima kasih sayang.

“Sekarang ini memang dia tengah jaga saya. Sanggup balik awal, tinggalkan program dan live. Mana nak cari orang seperti itu, bidadari syurga,” tambahnya.

Sementara itu, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengakui terkejut sewaktu mendapat berita mengenai Fazley yang mengalami kecederaan ketika berlatih bermain badminton.

“Terkejutlah! Saya terfikir kenapa boleh jadi begitu. Tidak kira apa yang saya perlu buat nanti, yang saya tahu saya nak tengok dia.

“Sebab masa tu tengah merindu, saya tak ada. Saya merajuk masa tu, dia pun dah tak tenang. Tiba-tiba jatuh ketika main badminton,” ujarnya.

Terdahulu, hubungan Fazley dan Vida mula menjadi bualan selepas kedua-duanya dilihat semakin rapat ketika menyertai program Talk To My Manager 2.

Keakraban mereka turut mendapat restu daripada anak-anak masing-masing.

Malah, Fazley dan Vida juga terbuka berkongsi mengenai hubungan mereka dan mengakui sedang membuat perancangan menuju hari bahagia.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement