Skip to main content

Hiburan

Kaki Kiri Kebas Dan Sukar Berjalan, Danny X-Factor Jalani Rawatan Di Hospital

Danny Xfactor
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor mengalami gejala penyakit 'Sciatica' menyebabkan kaki sebelah kiri kebas dan sakit berjalan.

Danny atau nama sebenarnya, Mohd Kardanie Anwa, 46, berkata, kesakitan ini sudah sebulan dilaluinya tetapi dia hanya makan ubat tahan sakit sahaja.

Advertisement

'Bagaimanapun, sehari sebelum raya sakitnya semakin teruk. Bagaimanapun, saya bersama keluarga sempat beraya pada raya pertama di Pasir Mas, Kelantan.

"Raya kedua kami balik ke Kuala Lumpur dan saya memandu bergilir-gilir dengan isteri. Akhirnya, pada raya ketiga saya terus ke sebuah pusat perubatan swasta dan terus masuk wad.

"Sebabnya keadaan teruk sangat, sudah kebas tidak boleh bergerak dan masih dirawat sehingga sekarang. Semalam baharu buat pengimejan resonans magnetik (MRI)," katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia tidak tahu berapa lama lagi akan ditahan di wad dan masih menunggu doktor memberikan keputusan serta cara rawatan.

"Tetapi doktor ada cakap daripada laporan MRI, keadaan kaki saya teruk juga. Saya kena tunggu penjelasan lanjut doktor nanti. Ikutkan risau juga. Saya berdebar tunggu, takut ada benda lain.

"Sedih juga jadinya sebab anak isteri tidak dapat beraya ke mana-mana. Untuk sementara waktu, saya terpaksa berehat dalam seminggu daripada memandu e-hailing," katanya yang turut membuat sesi 'live' keadaannya di hospital melalui TikTok.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Belajar Doa Nabi Yunus

Belajar Doa Nabi Yunus

【 House Slipper 】 Japanese Comfortable Sole Shower Slippers House Slippers Indoor Slipper Home Sandas 家用男女拖鞋

【 House Slipper 】 Japanese Comfortable Sole Shower Slippers House Slippers Indoor Slipper Home Sandas 家用男女拖鞋

Lyden Mary Jane Classic Flats - Beige//Silver//Khaki//Coffee//Classic Black

Lyden Mary Jane Classic Flats - Beige//Silver//Khaki//Coffee//Classic Black

NIKO Magic Water Book Painting

NIKO Magic Water Book Painting

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Must Watch Video

Advertisement