Skip to main content

Hiburan

Kaki Sathiya Dipotong, Anak Dedah Hanya Dua Rakan Artis Yang Datang Menziarah - "Tak Tahu Diorang Tahu Ke Tak"

Sathiya

Pelawak dan pelakon, Sathiya dilaporkan selamat menjalani pembedahan pemotongan kaki kirinya di Hospital Ampang baru-baru ini.

Menurut anak sulungnya, Amani, keadaan pelakon yang pernah popular menerusi sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu kini stabil namun masih perlu dipantau akibat masalah tekanan darah tinggi.

Advertisement

"Ayah dah okay tapi high blood pressure. Pembedahan pun selamat berjalan. Doktor nasihat jangan makan makanan yang tinggi gula dan kena makan banyak. Jika boleh, buat senaman ringan," katanya Ketika dihubungi Gempak.

Jelasnya lagi, pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana masalah saraf yang tidak berfungsi selain penyakit kencing manis yang telah dihidapi ayahnya sejak 10 tahun lalu.

Dalam masa sama, Amani turut mendedahkan hanya dua rakan artis yang hadir melawat Sathiya selepas pembedahan.

"Dpm Jegan dengan Caca Raja Lawak sahaja yang datang. Lain tak datang, tak tahu diorang tahu ke tak. Selain daripada itu, family saya dan pasangan saya," ujarnya.

Mengenai kos rawatan, Amani memaklumkan mereka masih belum mengetahui jumlah caj sebenar dan setakat ini belum menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak.

Amani turut menegaskan bahawa kesihatan ayahnya menjadi keutamaan, namun mereka sekeluarga tetap akan menyokong sekiranya Sathiya mahu kembali berlakon.

"Kami mahu ayah sihat sahaja sebab masa kecil kita tak tahu apa-apa, bila dah dewasa boleh jaga ayah. Kalau ayah nak kerja juga kami kasi sebab itu minat ayah. Kalau nak sambung, kami akan tetap sokong," jelasnya.

Ditanya mengenai reaksi awal selepas mendapat tahu mengenai keadaan ayahnya, Amani mengakui mereka sekeluarga terkejut namun reda dengan ketentuan Tuhan.

"Pertama kali tahu memang terkejut tapi apa yang penting kena terima. Tuhan dah tentukan. Kalau betul-betul sihat dalam sebulan atau tiga, ayah pasang kaki palsu tapi tak pasti lagi sebab ayah kena exercise, makan ubat dan banyak pantang larang," kongsinya.

Sebelum ini, Sathiya pernah memaklumkan kaki kirinya berisiko dipotong sekiranya jangkitan semakin merebak, namun pada 1 September lalu beliau berkongsi bahawa pembedahan itu tidak perlu dilakukan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement