Skip to main content

Hiburan

"Kalau Ada Suami Macam Ini, Jangan Takut Untuk Failkan Cerai" - Isa Khan

Astro Gempak 569

Sekilas

  • Video tular menunjukkan seorang lelaki dipercayai menengking isterinya yang bekerja di restoran makanan segera mendapat perhatian ramai selebriti termasuk pelakon Isa Khan.
  • Isa Khan menasihati wanita yang menghadapi situasi sama supaya tidak takut untuk mempertahankan hak dan kebahagiaan diri, termasuk mengambil tindakan cerai jika perlu.
  • Wanita dalam video tersebut kemudian tampil menjelaskan bahawa hubungan mereka baik dan tiada masalah seperti yang disangka ramai.
Advertisement

Sejak tular video memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai menengking isterinya yang sedang bekerja di sebuah restoran makanan segera, ramai selebriti tampil berkongsi pandangan masing-masing mengenai isu tersebut.

Tidak terkecuali pelakon Isa Khan yang menitipkan pesanan kepada golongan wanita yang berdepan situasi sama agar tidak takut mempertahankan hak dan kebahagiaan diri sendiri.

Advertisement

“Kepada perempuan kat luar sana yang ada suami perangai syaitan macam ini, please jangan takut untuk failkan cerai,” tulisnya.

dvb

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang pekerja wanita di sebuah restoran makanan segera yang didakwa dimarahi seorang lelaki dipercayai suaminya di hadapan orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan dalam media sosial itu, wanita berkenaan dilihat sedang bekerja sebelum didatangi lelaki terbabit yang kemudian dipercayai memarahinya.

Situasi tersebut menyebabkan wanita itu terpaksa menghentikan tugasnya sebelum pulang bersama lelaki berkenaan dan seorang kanak-kanak yang dipercayai anak mereka dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, wanita tersebut telah tampil menjernihkan keadaan dan memaklumkan bahawa dia dan suami dalam keadaan baik sahaja.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement