Skip to main content

Hiburan

“Kalau Bajet Tidak Cukup, Saya Tidak Panggil” - Zul Huzaimy Tak Sanggup Rendahkan Nilai Pelakon Senior

Zul Huzaimy

Sekilas

  • Zul Huzaimy memilih untuk tidak menawarkan watak kepada pelakon senior jika bajet produksi tidak mencukupi untuk bayaran setimpal.
  • Beliau pernah mengeluarkan wang sendiri demi mendapatkan pelakon yang sesuai untuk drama "Kenapa Aku Mencuri?" walaupun pihak produksi tiada bajet lebih.
  • Zul menegaskan pentingnya menghargai nilai dan pengalaman pelakon senior dengan bayaran yang adil dalam industri seni.
Advertisement

Pengarah dan pelakon, Zul Huzaimy memilih untuk tidak menawarkan watak kepada pelakon senior jika produksi tidak mampu menyediakan bayaran yang setimpal dengan pengalaman mereka.

 

Advertisement

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, berkata, dia lebih rela tidak memanggil rakan seperjuangan yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni berbanding menawarkan bayaran yang terlalu rendah.

 

“Kalau saya tahu bajet tidak cukup, saya tidak panggil kawan-kawan senior. Kalau watak itu memang memerlukan pelakon berusia dan berpengalaman, kita sendiri sudah tahu nilainya.

Advertisement

 

“Saya tak mahu meletakkan mereka pada harga yang sangat rendah. Kalau ada bajet, saya minta penerbit keluarkan duit lebih jika perlu,” kata. 

 

Malah, Zul turut mendedahkan dia pernah mengeluarkan wang sendiri demi mendapatkan pelakon yang diingininya bagi menjayakan naskhah drama Kenapa Aku Mencuri? yang menampilkan Datuk Eman Manan, Faizal Hussein dan Allahyarham Lan Zailan.

 

Menurut pelakon berusia 48 tahun ini, ketika itu pihak produksi memaklumkan tidak mempunyai bajet mencukupi untuk mengambil Allahyarham Lan Zailan.

 

“Saya memang mahu Lan Zailan berlakon sebab watak itu ‘kena’ dengan beliau. Penerbit pula kata tak cukup duit, pengurus produksi pun jawab tiada bajet lebih.

 

“Kemudian Pak Din (pengurus produksi) beritahu, kalau saya mahu, saya kena tambah duit sendiri. Saya jawab, ‘Okey!’ Saya keluarkan duit sebab saya mahu Abang Lan Zailan,” ujarnya.

 

Zul yang mula berkecimpung dalam dunia seni menerusi teater sekitar 1997 mengakui pernah dipersoalkan rakan-rakan seperjuangan apabila tidak menawarkan mereka peluang berlakon.

 

Bagaimanapun, jelas Zul, keputusan itu dibuat kerana dia tidak mahu meletakkan pelakon berpengalaman pada kadar bayaran yang tidak sepadan dengan nilai mereka.

 

“Saya pernah dipersoalkan kawan-kawan kenapa tidak panggil mereka berlakon. Saya jawab, saya tidak ada bajet.

 

“Kalau ada bajet, memang saya akan tawarkan peluang. Saya kalau boleh enggan mereka yang berpengalaman ini bekerja dengan bayaran terlalu rendah,” katanya.

 

Menurut Zul, isu kadar bayaran pelakon bukan perkara baharu dan sewajarnya diberi perhatian kerana setiap penggiat seni mempunyai pengalaman serta nilai tersendiri.

 

“Satu hari nanti saya pun akan tua. Jadi, siapa yang mahu bantu seni ini, mungkin boleh fikirkan bagaimana hendak memperjuangkan perkara tersebut,” katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

Must Watch Video

Advertisement