Skip to main content

Hiburan

“Kalau Boleh Saya Memang Tak Nak Dedah…” - Aniq Suhair

Aniq Suhair

Sekilas

  • Aniq Suhair mengaku terlepas pandang babak tidak berbaju yang menampakkan pusat dalam filem Bisikan Nafsu disebabkan seluar longgar.
  • Babak tersebut tidak ada dalam skrip asal dan diminta pada saat akhir oleh pihak produksi, namun Aniq tetap menjaga batasan aurat.
  • Aniq sedia terima kritikan warganet mengenai babak itu dan bentuk badannya yang belum siap sepenuhnya ketika penggambaran dijalankan.
Advertisement

Pelakon Aniq Suhair mengakui dia terlepas pandang melakonkan babak tidak berbaju sehingga menampakkan bahagian pusat menerusi kemunculannya dalam filem terbaharu berjudul Bisikan Nafsu.

 

Advertisement

Masih menjaga batasan aurat, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, menjelaskan insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja disebabkan seluar yang dipakainya agak longgar.

 

“Sebenarnya memang saya tengah menjaga perkara itu. Kalau boleh saya memang tidak mahu terlalu dedahkan tubuh badan saya.

 

“Tetapi dalam filem ini, ia cuma ternampak sedikit sahaja. Seluar itu sebenarnya saya sudah tarik melepasi paras pusat, tetapi disebabkan saiznya agak longgar, ia terjatuh ke bawah.

 

“Kawasan lutut dan bahagian lain memang tidak nampak, jadi saya akui memang saya terlepas pandang untuk babak tersebut,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem berkenaan di TGV KLCC pada Rabu. 

 

Mengulas mengenai babak menayangkan badannya itu, pelakon berusia 26 tahun itu berkata pada awalnya babak menanggalkan pakaian tidak ada dalam skrip ketika dia menerima tawaran berlakon. 

 

“Masa awal-awal ditawarkan, saya tidak tahu pun ada babak kena buka baju. Perkara itu adalah atas permintaan orang-orang sekeliling termasuk pihak pengarah dan penerbit di saat-saat akhir penggambaran.

 

“Kalau untuk naskhah lain selepas ini, tiada masalah sekiranya diminta untuk buka baju sekali lagi. Cuma saya akan pastikan bahagian pusat ditutup dengan betul dan tidak akan biarkan pantang larang itu terlepas lagi,” ujarnya. 

 

Dalam masa sama, Aniq juga bersedia berdepan kritikan warganet mengenai perkara tersebut selain bentuk tubuhnya yang kelihatan lebih besar daripada sebelum ini. 

 

“Saya rasa orang ramai mungkin akan lebih kecam bahagian perut saya yang belum sedia sebab ketika penggambaran dijalankan, saya memang sedang dalam proses untuk membesarkan badan.

 

“Tiba-tiba dapat tawaran untuk lakonkan filem ini, jadi memang tak sempat nak siapkan bentuk badan sepenuhnya. Jadi bila terpaksa 'belanja', reda sahajalah,” tambahnya. 

 

Sebelum ini pada Oktober 2023, Aniq pernah merayu kepada peminat dan kenalan agar memadam semua foto lamanya yang mengenakan seluar pendek daripada simpanan mereka.

 

Ketika itu, Aniq menyuarakan kebimbangan mengenai saham dosa berterusan yang perlu ditanggungnya sekiranya imej tidak menutup aurat itu terus menjadi tatapan umum di laman sosial.

Anda mungkin berminat dengan

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Bengkung Lilit Shapewear by Naomi (KUPE BEAUTE) Pakaian bentuk badan

Bengkung Lilit Shapewear by Naomi (KUPE BEAUTE) Pakaian bentuk badan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

Must Watch Video

Advertisement