Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Kalau Boleh Suami Orang Tak Payahlah Nak Menggatal Sangat, Hormat Isteri” - Zara Zya

“Kalau Boleh Suami Orang Tak Payahlah Nak Menggatal Sangat, Hormat Isteri” - Zara Zya

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya menerima banyak DM daripada individu yang mahu berkenalan, tetapi menolak lelaki yang sudah beristeri untuk menghormati pasangan mereka.
  • Zara menasihatkan supaya suami orang tidak menghantar mesej yang melampau dan menegaskan pentingnya menghormati status perkahwinan.
  • Zara juga menerima DM daripada golongan muda yang sekadar ikut trend atau buat gurauan, dan dia akan muncul dalam drama iQIYI Original, Sekali Lagi Bahagia.
Advertisement

Pelakon, Zara Zya mendedahkan menerima banyak mesej langsung (DM) daripada individu yang mahu berkenalan.

Bagaimanapun kata Zara, dia dengan tegas menolak cubaan lelaki berstatus suami orang yang mahu mendekatinya.

Advertisement

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 40, golongan yang sudah beristeri diharap dapat menghormati pasangan masing-masing serta jangan melampau.

“Saya tiada masalah sebenarnya (bagi respons), tetapi saya fikir juga untuk hari ke depan. Takut, kerana kita tak tahu tujuan serta isi hati orang.

“Ramai yang DM termasuk peminat wanita. Cuma kalau bolehlah, untuk suami orang, tak payahlah nak mesej mengatal sangat. Risau saya.

"Kadang-kadang saya nasihatkan juga dalam siaran langsung. Tak payah nak lebih-lebih, tolonglah hormat isteri,” tegasnya.

Zara berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran drama bersiri iQIYI Original, Sekali Lagi Bahagia, baru-baru ini.

Advertisement

Tegas Zara lagi, tidak semua perkara boleh dianggap remeh terutama apabila membabitkan hubungan dan status perkahwinan seseorang.

“Ada benda kita boleh santai-santai serta jadikan gurauan dan ada yang tak boleh buat gurauan. Jadi, biasanya  saya tak layan dan biarkan sahaja mesej itu tanpa balasan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Zara berkata dia juga menerima mesej daripada golongan muda di laman sosial yang hanyalah sekadar ingin mengikut trend semasa.

“Budak-budak sekarang pun ada saya rasa punya sebab tersendiri rajin DM. Mungkin nak ikut trend. Tahu-tahu masuk DM nak berkenalan tapi panggil kita kakak.

"Situasi lucu macam ini yang kita seronok layan. Saya tahu mereka sekadar suka-suka nak gurau dan usik. Ada juga yang nak buat konten," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zara akan muncul dalam drama baharu iQIYI Original iaitu Sekali Lagi, Bahagia.

Selain Zara, Sekali Lagi Bahagia turut dibarisi Izzue Islam, Afieq Shazwan, MK K-Clique, Datin Seri Noniswara serta Dayang Areeda.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement