Skip to main content

Hiburan

“Kalau Cakap Soal Selesa, Gaji Kena…” - Sharifah Shahirah Kongsi Realiti Kehidupan Di Kuala Lumpur

Sharifah Shahirah

Sekilas

  • Sharifah Shahirah menyatakan pendapatan RM25,000 sebulan dianggap selesa untuk hidup di Kuala Lumpur, terutama bagi keluarga besar yang kerap makan di luar.
  • Beliau menjelaskan perbelanjaan makan di luar boleh mencecah RM400 hingga RM500 sekali makan bagi kehidupan yang selesa tanpa perlu risau soal makanan.
  • Walaupun begitu, Sharifah menekankan pentingnya hidup sederhana dan mengajar anak-anaknya untuk berjimat serta mengawal perbelanjaan.

Selebriti versatil, Sharifah Shahirah memberikan pendapatnya mengenai jumlah pendapatan yang benar-benar selesa bagi seseorang untuk meneruskan kehidupan di ibu kota, Kuala Lumpur.

Menurut Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, nilai pendapatan yang selesa untuk seseorang itu hidup selesa adalah sebanyak RM25,000 sebulan.

Walau bagaimanapun, Sharifah menjelaskan bahawa angka itu sekadar gambaran bagi kehidupan yang selesa lebih-lebih buat mereka yang berkeluarga besar dan sering makan di luar.

“Kalau nak cakap soal selesa hidup di Kuala Lumpur ini rasanya gaji yang selesa dalam RM25,000 kot.

“Walaupun anak dah besar, merekalah yang selalu nak ajak minum macam matcha atau kopi.

“Dan sebenarnya banyak berbelanja untuk makan di luar. Anggaran dalam RM400 hingga RM500 untuk sekali makan. Ini kita cakap soal selesa ya, bermaksud mereka tak perlu fikir nak makan apa,” kongsinya.

Sharifah berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Our Next Guest Podcast’ yang dikendalikan pempengaruh Singapura, Dyn Norahim.

Dalam masa yang sama, pengacara radio Sinar FM ini menegaskan bahawa dia tetap menerapkan kehidupan bersederhana dan berpada-pada dalam diri anak-anaknya.

“Saya pula jenis kalau minggu lepas dah makan mahal, minggu ini makan yang biasa saja. Biar mereka (anak-anak) rasa macam mana nak kawal pula ‘portion’ makan mereka.

“Tapi dalam masa yang sama saya syukur sebab banyak barang yahudi yang mahal-mahal dan support Israel, jadi mereka tak dibenarkan beli itu semua,” tambahnya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menuai pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju malah ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat Sharifah.


Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement