Skip to main content

Hiburan

“Kalau Dah Sayang, Akan Sayang Sampai Hujung Nyawa” - Bella Astillah Hargai Sahabat Setia

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi pengalaman bahawa kehilangan seseorang bukan bermakna sudah berhenti menyayangi, tetapi kadang-kadang kerana salah faham tanpa peluang untuk jelaskan perkara sebenar.
  • Dia menghargai sahabat yang setia dan sanggup mempertahankan persahabatan walaupun perlu mengalah dan meminta maaf demi menjaga hubungan.
  • Bella bersyukur mempunyai sahabat yang tidak mudah menjauh tanpa bertanya kebenaran dan berjanji akan menjaga persahabatan tersebut sampai bila-bila.
Advertisement

Meningkat dewasa, penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui dirinya semakin memahami kehilangan seseorang tidak semestinya berlaku kerana sudah berhenti menyayangi.

 

Advertisement

Sebaliknya, ada ketika hubungan berakhir apabila seseorang sudah membuat keputusan tentang diri kita berdasarkan cerita yang didengarinya tanpa memberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar.

 

Menurut Bella, pengalaman itu membuatkan dia lebih menghargai sahabat yang masih setia berada di sisinya, termasuk mereka yang sudah mengenalinya lebih 25 tahun.

 

“Bella kalau dah sayang, akan sayang sampai hujung nyawa. Bella pernah sampai satu titik mempertahankan sebuah persahabatan lebih penting daripada ego sendiri. 

 

“Sampai sanggup meminta maaf atas perkara yang bukan salah Bella demi menyelamatkan hubungan yang Bella sayang.

 

“Tapi akhirnya Bella belajar, sekuat mana pun kita mahu menjaga sesuatu, persahabatan tetap memerlukan dua hati yang sama-sama mahu kekal bersahabat,” tulisnya.

 

Bella turut meluahkan rasa syukur kerana masih mempunyai sahabat yang tidak mudah menjauh hanya kerana mendengar sesuatu tentang dirinya.

 

“Alhamdulillah untuk sahabat yang tidak mudah melepaskan hanya kerana mendengar sesuatu tentang kita. Yang mengenali hati kita cukup lama untuk bertanya, ‘Betul ke?’ sebelum membuat keputusan untuk pergi.

 

“Kerana orang yang benar-benar mahu menjaga hubungan dengan kita akan memberi ruang untuk bercakap dan bukan menjatuhkan hukuman daripada cerita yang kita sendiri tidak pernah diberi peluang untuk jawab.

 

“Alhamdulillah, persahabatan yang akan saya jaga sampai bila-bila, insya-Allah. Terima kasih sebab jadi orang baik,” katanya.

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement