Skip to main content

Hiburan

“Kalau Dapat Komen Macam Itu Jangan Panik, Husnudzon Dulu” - Fasha Sandha

Fasha Sandha

Sekilas

  • Fasha Sandha memilih untuk bersangka baik selepas menerima komen tidak sepatutnya yang dipercayai hanya kesilapan menaip.
  • Ahli keluarga individu tersebut telah memohon maaf secara peribadi, dan Fasha menganggap kejadian itu comel serta sudah memaafkan.
  • Fasha kini lebih tenang menghadapi situasi sebegini, dipengaruhi oleh ketenangan suaminya, Aidil Aziz, berbanding sikapnya yang cepat melatah ketika muda.
Advertisement

Memilih untuk bersangka baik, pelakon, Fasha Sandha mengakui dia tidak mengambil hati dengan komen yang ditinggalkan seorang individu menggelar dirinya dengan panggilan tidak sepatutnya.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan dia percaya individu berkenaan tidak berniat menghina, sebaliknya berkemungkinan melakukan kesilapan menaip.

Advertisement

Malah, pelakon filem Anak Mami Kembali ini memaklumkan bahawa tujuan utama dirinya berkongsi mengenai kejadian itu adalah untuk mendidik para pengikut dan peminatnya untuk lebih bersangka baik dan tidak cepat melatah ketika berdepan situasi seperti itu.

“Saya post tu sebab nak bagi followers saya tahu, kalau dapat komen macam itu jangan panik dulu. Jangan marah dulu. Cuba bersangka dulu, insya-Allah.

“Alhamdulillah, apa yang saya sangkakan itu betul. Cuba kalau kita mengamuk dulu? Kan tak pasal-pasal,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi lanjut, Fasha memaklumkan bahawa ahli keluarga kepada individu tersebut kemudiannya tampil membuat permohonan maaf menerusi hantaran mesej dan menjelaskan perkara sebenar.

Malah, Fasha menganggap kejadian itu sebagai comel kerana ia berlaku disebabkan oleh kesalahan yang tidak dapat dielakkan.

“Mak cik itu tak mesej cuma dia komen semula dan minta maaf sebab typo. Tetapi ada ahli keluarga dia yang direct message (DM) saya.

“Tapi saya dah maafkan. The moment saya bersangka baik itu saya dah maafkan dah.

“Dia nak sebut macam Barbie dan memang dia mengaku dan dia pun dah padam komen itu Saya rasa peristiwa tu comel,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fasha mengakui dirinya kini lebih tenang berdepan situasi seperti itu jika hendak berbanding sewaktu dirinya muda satu ketika dahulu.

Malah, Fasha mengakui dia juga banyak dipengaruhi dengan ketenangan yang ada pada suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz.

“Dulu masa remaja kita cepat naik angin, cepat melawan dan defensif. Tapi bila dah berusia, kita jadi lebih tenang.

“Tambah-tambah pula dengan Aidil. Aidil ni seorang yang tenang. Bila apa-apa berlaku, saya banyak rujuk dekat dia. Dia banyak mengajar saya untuk lebih bertenang.

“Dah tua ni malas nak serabut kepala dengan benda-benda yang tak perlu. Saya cuma nak gembira dengan kehidupan saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Fasha memuat naik hantaran mesej daripada ibunya mengenai komen seorang wanita yang didakwa telah menggelar dirinya dengan gelaran bab*.

Fasha bagaimanapun tidak melatah sebalik memilih untuk bersangka baik.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement