Skip to main content

Hiburan

“Kalau Diizinkan Allah, Saya Nak Juga Buat Konsert Bersama Raihan Sebelum Meninggal” - Nazrey Johani

Nazrey Johani

Sekilas

  • Nazrey Johani, bekas vokalis utama Raihan, berharap dapat mengadakan konsert bersama kumpulan itu sebelum meninggal dunia, namun menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.
  • Beliau mengakui sudah lama tidak berhubung dengan ahli Raihan sejak meninggalkan kumpulan pada 2006 dan tiada sebarang kerjasama atau perniagaan bersama mereka.
  • Nazrey akan muncul sebagai artis jemputan di Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih pada 1 Februari, yang turut menampilkan penyanyi terkenal seperti Datuk M. Nasir dan Zizi Kirana.

Bekas vokalis utama kumpulan nasyid Raihan iaitu Nazrey Johani mengakui dirinya ada menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert bersama kumpulan tersebut sebelum dirinya menghembuskan nafas terakhir.

Walau bagaimanapun, Nazrey memaklumkan bahawa itu semua terletak kepada kuasa Allah yang berkuasa menggerakkan hati untuk mereka mengadakan konsert bersama.

Tambahnya lagi, konsert itu bukanlah untuk dirinya sebaliknya untuk peminat yang rindu melihat kumpulan Raihan membuat persembahan bersama di atas pentas.

"Iyalah kita tengok orang lain boleh bersatu buat konsert dan sebagainya. Kenapa kami tidak boleh? Persoalan itu memang ada dalam fikiran.

"Sekurang-kurangnya, kalau Allah bagi izin sebelum saya meninggal dunia, dapatlah buat konsert bersama mereka. Tetapi saya tak ada letak apa-apa harapan.

"Tetapi, tidak apalah. Hendak buat macam mana selagi Allah tidak menggerakkan hati, kita tak boleh buat apa-apa," katanya kepada Gempak.

Nazrey berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sesi latihan Konsert 25 tahun Inteam: Nur Kasih bertempat di Sungai Buloh pada Selasa.

Berkongsi mengenai hubungannya bersama ahli kumpulan Raihan, Nazrey mendakwa dia sudah lama tidak berhubung sejak meninggalkan kumpulan nasyid itu pada 2006 yang lalu.

"Kami tidak berkomunikasi selepas itu. Saya tidak ada apa-apa komitmen atau perniagaan mahupun program dengan mereka (Raihan).

"Inilah yang sejujurnya saya boleh cakap. Lainlah kalau ada perniagaan bersama dan saya memang tidak ada langsung apa-apa aktiviti bersama mereka," katanya lagi.

Namun begitu, Nazrey mengakui terdetik rasa rindu dalam hatinya tatkala mengenang semula perjuangannya bersama rakan-rakam yang lain.

"Kekasih yang suami isteri bercerai, bergaduh pun ada rindunya, inikan pula kami yang sebelum ini ada perjuangan bersama.

"Kalau tidak ada rindu mungkin orang itu bukan manusia dan dia juga tidak punya hati nurani.

"Sehingga hari ini, saya tetap hargai kawan-kawan saya dengan kelebihan dan kesusahan yang pernah dilalui bersama," ujarnya.

Dalam pada itu, Nazrey bakal tampil sebagai artis jemputan dan mendendangkan dua buah lagu pada Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih pada 1 Februari ini.


"Mereka lamar saya tiga bulan selepas saya jalani rawatan jantung sebab kebetulan saya pernah terbabit dalam album mereka.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada InTeam. Saya fikir mereka bukan panggil sahaja-sahaja, tetapi hendak bantu saya," kongsinya.

Selain Nazrey, konsert yang bakal diadakan di Axiata Rena itu juga akan dimeriahkan oleh barisan penyanyi seperti Datuk M. Nasir dan Zizi Kirana.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement