Skip to main content

Hiburan

“Kalau Ikut Yang Dulu Dah Lama Jumpa, Naik Angin” – Shiha Zikir Pilih Doakan Yang Baik-Baik Buat Pemfitnah

“Kalau Ikut Yang Dulu Dah Lama Jumpa, Naik Angin” – Shiha Zikir Pilih Doakan Yang Baik-Baik Buat Pemfitnah

Sekilas

  • Penyanyi Shiha Zikir mengakui pernah difitnah teruk oleh satu pihak baru-baru ini tetapi memilih untuk tidak bersemuka seperti sebelum ini.
  • Selepas bertemu seorang ustaz, Shiha mendapat nasihat untuk mendoakan kebaikan kepada individu yang menyakitinya walaupun sukar dilakukan.
  • Shiha berkongsi bahawa pendekatan tersebut memberi kesan positif dalam hidupnya walaupun tidak mendedahkan identiti pihak yang memfitnah.
Advertisement

Penyanyi Shiha Zikir mengakui pernah berdepan situasi apabila mendapat tahu dirinya difitnah teruk oleh satu pihak baru-baru ini.

Menurut Shiha, jika mengikut sikapnya sebelum ini, dia mungkin sudah bersemuka dengan individu terbabit untuk mendapatkan penjelasan.

Advertisement

“Baru-baru ini Shiha dapat tahu yang Shiha difitnah teruk oleh satu pihak ini.

“Kalau ikut Shiha yang dulu, dah lama jumpa dan naik angin,” katanya menerusi hantaran dalam Threads.

Bagaimanapun, Shiha berkata, pertemuannya dengan seorang ustaz beberapa hari kemudian membuatkan dia memilih pendekatan berbeza dalam menangani perkara tersebut.

Katanya, dia sempat berkongsi mengenai apa yang berlaku sebelum menerima nasihat supaya mendoakan perkara baik buat individu yang menyakitinya.

“Beberapa hari selepas itu, Shiha terjumpa seorang ustaz. Shiha pun ada bercerita apa yang Shiha lalui.

“Tahu ustaz itu pesan apa? Doakan yang baik-baik pada dia, tambahan jika dia musuh atau yang buat tak baik pada kita,” ujarnya.

Meskipun mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, Shiha berkata, nasihat tersebut memberikan kesan positif dalam kehidupannya.

“Susah kan? Tapi sangat ‘miracle’ (ajaib).

“Kalau korang lalui hal yang sama, cuba buat. Macam-macam perkara yang Allah permudahkan,” katanya.

fdv

Bagaimanapun, Shiha tidak memperincikan identiti pihak terbabit mahupun bentuk fitnah yang didakwa dilemparkan terhadap dirinya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement