Skip to main content

Hiburan

“Kalau Jumpa Sekalipun Kami Hanya…” - Chacha Maembong Enggan Ulas Hubungan Emma Maembong & DJ Kidd

Astrogempak chacha

Sekilas

  • Chacha Maembong memilih untuk tidak campur tangan dalam urusan peribadi kakaknya, Emma Maembong, dan menggalakkan orang ramai bertanya terus kepada Emma mengenai status hubungannya dengan DJ Kidd.
  • Chacha menjelaskan mereka jarang berjumpa kerana kesibukan masing-masing dan hanya berkomunikasi mengenai hal keluarga atau gosip lain, bukan tentang hubungan Emma.
  • Walaupun begitu, Chacha sentiasa mendoakan dan menyokong kakaknya dalam apa jua keadaan, walaupun hidup ada turun naik.

Pelakon, Chacha Maembong memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi kakaknya, Emma Maebong. 

Menurut Chacha, jawapan mengenai status hubungan kakaknya bersama DJ Kidd itu perlu keluar daripada mulut tuan badan sendiri. 

“Saya tak tahu dakwaan itu (berbaik) kerana belum berkesempatan berjumpa dengan Emma kerana masing-masing sibuk.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan badan sendiri, sebab daripada awal sampai sekarang semua orang tanya saya mengenai Emma. Jadi saya rasa tiba masanya untuk tanya dia sendiri sebab saya bukan 24 jam dengan Emma.

“Kami masing-masing sibuk, bukanlah tak berhubung langsung ada berhubung tapi kalau jumpa sekalipun kami hanya bercakap pasal keluarga atau gosip lain selain daripada gosip dia,” katanya kepada Gempak. 

Bagaimanapun sebagai adik, Chacha sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakaknya itu. 

“Sebagai adik tentulah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak saya. 

"Saya sentiasa sokong kakak saya walaupun kadang-kadang hidup ada turun naik. Apa-apa pun dia tetap kakak saya dan saya sentiasa sokong dia walau macam mana pun,” katanya lagi.

Beberapa hari lalu, foto Emma bersama DJ Kidd kembali tular di media sosial yang dikongsikan seorang wanita.

Wanita itu turut menulis kapsyen menggelar mereka sebagai pasangan kekasih.

Rakaman foto itu menjadi tumpuan ramai susulan DJ Kidd pada April lalu memaklumkan, status hubungannya dengan Emma bukan lagi pasangan kekasih.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement