Skip to main content

Hiburan

“Kalau Kata Tak Kecil Hati, Memang Saya...” - Daniel Cheang

“Kalau Kata Tak Kecil Hati, Memang Saya...” - Daniel Cheang

Sekilas

  • Daniel Cheang tidak melatah dengan kecaman netizen selepas mengendalikan siaran langsung majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq, walaupun ini kali pertama dia mengacarakan majlis perkahwinan Melayu.
  • Dia mengakui ada kesilapan dalam penggunaan bahasa dan tersasul, serta pernah berkecil hati dengan kritikan, namun melihatnya sebagai peluang untuk memperbaiki diri.
  • Daniel berbesar hati diberi peluang mengendalikan majlis tersebut dan berazam untuk terus mencuba dan belajar demi pengalaman lebih besar pada masa akan datang.
Advertisement

Pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang tidak melatah apabila menerima kecaman daripada netizen selepas mengendalikan siaran langsung majlis resepsi perkahwinan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut Daniel atau nama lengkapnya Daniel Cheang Adenan Cheang, ini adalah pertama kali dia mengendalikan majlis perkahwinan Melayu dan menyedari ada beberapa kesilapan yang dilakukannya.

Advertisement

“Sebenarnya, saya sudah membuat banyak persediaan dan kajian. Ketika sesi pembacaan skrip bersama Uyaina Arshad dan latihan sebelum majlis, semuanya berjalan dengan lancar.

“Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama saya mengacarakan majlis perkahwinan Melayu. Sebelum ini, saya hanya mengendalikan majlis perkahwinan masyarakat Cina.

“Saya sudah mencuba sedaya upaya, tetapi mungkin ketika itu fikiran saya tidak begitu bekerjasama sehingga ada bahagian yang menyebabkan saya tersasul. Saya akui penggunaan bahasa dan pemilihan perkataan saya boleh diperbaiki lagi,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut mengenai kecaman yang diterima, Daniel mengakui pernah berkecil hati dengan kata-kata daripada netizen.

Bagaimanapun, hos Meet Your Idol itu menganggap segala kecaman itu adalah untuk terus memperbaiki mutu pengacaraannya pada masa akan datang.

Advertisement

“Kalau saya kata tidak kecil hati, memang saya menipu. Kita semua manusia dan sudah tentu ada perasaan. Ada masanya saya terfikir mungkin lebih baik saya berhenti sahaja menjadi pengacara. Mungkin bidang ini sebenarnya bukan untuk saya dan orang tidak berminat untuk menonton saya.

“Namun, saya sedar ramai pengacara senior juga pernah melalui pengalaman dikecam. Mereka menjadikan kritikan sebagai pengajaran untuk bangkit semula dengan lebih kuat. Jadi, saya percaya segala kecaman ini akan mengajar dan mempersiapkan saya untuk mengendalikan sesuatu yang lebih besar pada masa hadapan,” jelasnya.

Pada masa sama, Daniel juga sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengendalikan majlis persandingan tersebut.

Menurut Daniel, sekiranya ada peluang lagi dia pasti akan cuba berikan yang terbaik pada masa akan datang.

“Saya sangat gembira dan berbesar hati kerana diberikan peluang ini. Selalunya kita melihat nama-nama besar seperti Sherry Alhadad, Radin dan Pak Azad mengendalikan majlis sebegini.

“Saya tidak boleh menolak rezeki yang diberikan kerana kalau saya menolak, bermakna saya sendiri tidak mahu mencabar kemampuan diri. Tidak kiralah sama ada persembahan saya baik atau masih mempunyai kekurangan, saya tetap perlu mencuba kerana daripada pengalaman inilah saya dapat belajar untuk mengendalikan acara lebih besar pada masa hadapan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Daniel Cheang menjadi bualan netizen selepas mengendalikan sesi siaran langsung majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq bersama Uyaina Arshad di Threads.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement