Skip to main content

Hiburan

“Kalau Nak Kurus Lagi Bukan Saya…” - Syanie Gembira Dengan Keadaan Diri Sekarang

Syanie

Sekilas

  • Pelakon Syanie pernah menjalani pembedahan bariatrik pada 2009 dan berjaya menurunkan berat badan dari 220kg ke 130kg.
  • Dia kini selesa dengan bentuk tubuhnya yang chubby dan menegaskan kesihatan lebih penting daripada penampilan.
  • Syanie menghormati pilihan individu yang mahu menurunkan berat badan, tetapi dia sendiri sudah berpuas hati dengan keadaan dirinya sekarang.
Advertisement

Pernah menjalani proses pembedahan bariatrik sekitar 2009, pelakon Syanie mengakui tidak lagi mempunyai keinginan untuk menurunkan berat badannya lagi.

 

Advertisement

Menurut Syanie, ketika menjalani prosedur tersebut, berat badannya mencecah kira-kira 220 kilogram (kg), namun kini berada sekitar 130kg.

 

“Saya rasa kalau anda tahu perjalanan hidup saya pada tahun 2009, memang saya dah buat bariatrik. Ketika itu berat saya dalam 220 kilo dan sekarang dalam 130.

Advertisement

 

“Saya dah turunkan satu manusia dah dan bagi saya, saya tak akan turun berat lagi. Sebab daripada mula saya masuk dalam industri, memang badan saya macam ini.

 

“Orang dah ambil saya berlakon pun sebab badan saya macam ini. Saya buat bariatrik pun sebab saya nak sihat. Bukan saya buat itu sebab saya nak cantik atau nak kurus,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, Syanie menegaskan dia kini selesa dengan bentuk tubuhnya dan tidak kisah sekiranya masih dilabel sebagai wanita berbadan ‘chubby’.

 

“Artis kurus ramai. Silakan ambil artis kurus. Saya yang chubby ini biarlah saya maintain chubby. Janji saya tak ada darah tinggi, saya tak ada kencing manis, saya tak ada sakit jantung… I’m happy.

 

“Paling kuat pun sakit lutut saja. Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. Baru-baru ini saya pergi check-up dengan doktor. Doktor is happy, saya dah berhenti ambil ubat.

 

“Hari itu ada sedikit blood pressure, tapi tak tinggi. Tahap gula dalam badan pula okay. Alhamdulillah. So, I am basically happy with me. If you are not happy with me, that's your problem,” ujarnya.

 

Syanie pada masa sama tidak menghalang mana-mana individu yang mahu berusaha menurunkan berat badan, termasuk menggunakan kaedah tertentu, namun baginya keputusan itu adalah pilihan masing-masing.

 

“Kalau nak kurus lagi bukan saya. Tak apalah. Bagi yang nak kurus itu silakan, nak cucuk silakan. Itu kehidupan you all. You all buatlah keputusan you all sendiri. Tapi bagi saya, okay dah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Height Increase Insoles For Men/Women 1.5/2.5/3.5 cm Up Invisiable Arch Support Orthopedic Insoles Shock Absorption Insert

Height Increase Insoles For Men/Women 1.5/2.5/3.5 cm Up Invisiable Arch Support Orthopedic Insoles Shock Absorption Insert

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement