Skip to main content

Hiburan

“Kalau Nak Menyalak Silakan…” - Tak Mahu ‘Pusing Kepala’, Aisha Retno Anggap Kontroversi Sebagai ‘Jentikan’ Daripada Allah

Astrogempak Aisha Retno

Sekilas

  • Aisha Retno memilih untuk tidak mengulas dakwaan hutang yang dikaitkan dengannya kerana tiada nama disebut secara langsung.
  • Dia menganggap isu ini sebagai peringatan daripada Allah supaya sentiasa bersyukur dan tidak leka dengan rezeki yang diterima.
  • Aisha akan terus fokus pada kerjaya dan projek seni seperti Anugerah Juara Lagu, Puteri Gunung Ledang, Pesta Pora, serta perancangan keluarkan album baru.

Penyanyi dan komposer Aisha Retno memilih untuk tidak mengulas mengenai hantaran seorang penyanyi yang didakwa mempunyai kaitan dengan isu hutang melibatkan dirinya sebelum ini.

Menurut Aisha, individu berkenaan tidak pernah menyebut namanya secara langsung, justeru dia mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang respon terhadap dakwaan tersebut.

"Aisha tidak ada komen sebab saya dengar ura-ura itu pun individu berkenaan tidak menyebut nama saya. Dia tidak salah, mungkin dia hanya mahu meluahkan apa yang terpendam. Jadi, saya tidak ada komen berkenaan perkara itu lah.

"Saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri sahaja. Dan benda-benda seperti ini, mahkamah adalah jawapan yang terakhir kalau ia masih berpanjangan.  Jadi, kalau nak menyalak, silakan. 


"Tidak mengapa. Yang penting, dia tidak menyebut nama saya," katanya kepada Gempak.

Tambah pelantun lagu Tak Adil itu, dia menganggap isu yang berlaku sebagai satu peringatan daripada Allah agar dirinya sentiasa bersyukur dan tidak leka dengan rezeki yang diterima.

"Saya anggap ini seperti jentikan daripada Allah sebab Allah itu adil. Kadang-kadang Allah nak bagi rezeki, lepas tu tiba-tiba Allah jentik sikit nak tengok macam mana kita respon.

"Ini adalah secara umum, apabila kita sudah di atas, kita jangan berada dalam zon selesa. Kadang-kadang rezeki juga membawa kepada bala ataupun cabaran. Jadi, kena sentiasa bersyukur dan bersedia," ujarnya.

Pada masa sama, Aisha juga menegaskan dia memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa di samping memberi fokus kepada rezeki yang datang kepadanya.

"Lagi sekali, saya tidak ada komen sebab semua ini di alam maya. Kita tidak pernah ada apa-apa perjumpaan ke apa. Jadi, saya tidak mahu nak respon macam mana. Jadi, biarkan pihak yang lebih arif menyelesaikan masalah ini.

"Dan saya hanya akan teruskan kehidupan sahaja. Banyak lagi benda yang kena fokus iaitu Anugerah Juara Lagu, Puteri Gunung Ledang, Pesta Pora dan saya juga rancang untuk keluarkan album," tambahnya.

Sebelum ini, Yuka ada membuat beberapa hantaran di Threads meminta untuk seseorang membayar hutang yang tertangguh.

Menerusi beberapa komen, netizen ada memetik nama Aisha Retno memandangkan mereka pernah mempunyai kolaborasi sebelum ini.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement