Skip to main content

Hiburan

“Kalau Nak Tengok, Tengoklah Dengan Ibu Bapa” – Zarif Ghazzi

Zarif Ghazzi

Sekilas

  • Pelakon Zarif Ghazzi menasihatkan ibu bapa supaya memantau bahan tontonan anak-anak terutama drama yang mempunyai klasifikasi umur tertentu.
  • Zarif menegaskan pembentukan tingkah laku kanak-kanak bermula dari rumah dan ibu bapa perlu membimbing mereka dengan baik.
  • Drama KUDRAT 1968: High Council kini ditayangkan di Astro Ria dan Astro Citra setiap Jumaat, dengan episod awal boleh ditonton di Sooka atau Astro X3.
Advertisement

Pelakon Zarif Ghazzi menitipkan pesanan kepada ibu bapa supaya memantau bahan tontonan anak-anak, khususnya berkaitan drama yang mempunyai klasifikasi umur tertentu.

 

Advertisement

Menurut Zarif, pembentukan tingkah laku seseorang kanak-kanak bermula dari rumah dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing mereka.

 

"Okay, saya percaya perilaku seseorang kanak-kanak itu datangnya daripada rumah. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

Advertisement

 

“Sebab itulah setiap cerita yang dikeluarkan dekat Malaysia ni, kita ada yang 16 tahun ke atas, kita ada 18 tahun ke atas, malah kita ada yang 21 tahun ke atas.

 

“Jadi kalau boleh di rumah tu, ibu bapa perlulah pantau anak mereka. Kalau nak tengok, tengoklah dengan ibu bapa,” kata Zarif kepada Gempak. 

 

KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

 

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

 

KUDRAT 1968: High Council kini ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat, jam 9.00 malam. Penonton juga boleh menonton episod lebih awal pada jam 12 tengah malam melalui Sooka atau Astro X3.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement