Skip to main content

Gaya Hidup Lelaki

“Kalau Sehari Tak Pakai, Memang Rasa Bukan Diri Saya…” - Hun Haqeem

Hun Haqeem wangi

Sekilas

  • Hun Haqeem mengakui parfum adalah elemen penting dalam rutin hariannya dan tidak pernah tinggalkan pemakaiannya sebelum menghadiri acara.
  • Hun dipilih sebagai duta pertama Emporio Armani Malaysia untuk koleksi wangian ‘Stronger With You’ yang sangat mewakili personalitinya.
  • Menurut Hun, haruman tersebut bukan sahaja ekspresi diri tetapi juga membantu meninggalkan kesan yang kuat kepada orang sekeliling.

Pelakon, Hun Haqeem mengakui dirinya amat mementingkan penggunaan minyak wangi atau parfum dalam rutin hariannya.

Menurut Hun, dia sememangnya seorang individu yang tidak pernah meninggalkan pemakaian parfum setiap kali menghadiri acara, walaupun sebelum terlibat dengan sebarang kolaborasi atau endorsement.

“Pada saya, parfum memang amat penting. Sebelum ini pun, saya memang seorang yang sentiasa memakai parfum setiap kali keluar.

“Alhamdulillah, bila diberi peluang dengan koleksi wangian ‘Stronger With You’ oleh Emporio Armani, saya rasa ia sangat mewakili diri saya sebagai seorang anak seni,” katanya kepada Gempak.


 

Malah kata Hun, konsep yang dibawakan oleh koleksi tersebut memberi makna yang cukup mendalam dalam kehidupannya.

“Konsep ‘Stronger With You’ ini memang sangat kena dengan saya. Kadang-kadang saya rasa apa yang berlaku ini sangat ajaib, seperti sudah diatur dengan baik.

“Kalau sehari saya tak pakai parfum, memang rasa seperti bukan diri saya. Ada sesuatu tentang bau yang boleh menggambarkan siapa diri kita sebenarnya,” jelasnya

Mengulas lanjut mengenai wangian tersebut, Hun turut menyifatkan haruman sebagai satu bentuk ekspresi diri yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada orang sekeliling.

“Bagi saya, ‘Stronger With You’ ini sangat menggambarkan siapa saya, ‘very sweet, very warm’, tetapi pada masa sama penuh keyakinan.

“Setiap kali saya hadir ke sesuatu acara, saya mahu tinggalkan ‘presence’ yang kuat, dan bagi saya, haruman memainkan peranan besar dalam perkara itu,” jelasnya.

Terdahulu, Hun diumumkan sebagai duta wangian Emporio Armani Malaysia pertama untuk koleksi ‘Stronger With You’.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHELLTART DANISYA 60pcs

SHELLTART DANISYA 60pcs

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement