Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

"Kalau Suami Masih Ada..." - Laila Nasir Sebak Terima Menantu Pertama

ASTRO GEMPAK laila

Sekilas

  • Pelakon Laila Nasir terharu menerima menantu sulung selepas anaknya, Badrul Mukhriz, sah bergelar suami kepada Natilia Fazdina pada 6 Jun lalu.
  • Majlis akad nikah diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat, diikuti majlis resepsi di Puchong pada 20 Jun.
  • Laila berkongsi pengalaman sukar melepaskan anak sulung ke alam rumah tangga, terutama sebagai ibu tunggal yang dibantu keluarga dalam persiapan majlis.
Advertisement

Pelakon Laila Nasir meluahkan rasa syukur dan terharu apabila selamat menerima menantu sulung selepas putera sulungnya, Badrul Mukhriz Yeop Abdullah, 31, sah bergelar suami kepada pilihan hati, Natilia Fazdina Khaizatul Fairuz pada 6 Jun lalu.

Majlis akad nikah pasangan yang masing-masing bekerja dalam bidang pentadbiran itu berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat di sebuah hotel di ibu kota.

Advertisement

Pasangan berkenaan kemudiannya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di Puchong pada 20 Jun lalu.

Bagi Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir, detik melihat anak sulung melangkah ke alam rumah tangga merupakan pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Perasaan sedih melepaskan anak sulung ke pangkuan wanita yang kini bergelar isterinya bercampur baur dengan rasa syukur dan gembira.

Advertisement

"Kalau suami saya masih ada, tentu dialah insan yang paling gembira melihat anak kami menamatkan zaman bujang," katanya.

Pelakon berusia 55 tahun itu berkata, sebagai seorang ibu, dia sememangnya sudah bersedia menerima hakikat bahawa anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya akan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Namun, mengakui bergelar ibu tunggal menjadikan detik itu lebih menyentuh perasaan.

"Ironinya, bukan mudah untuk seorang ibu melepaskan anak, apatah lagi apabila ini pengalaman pertama saya.

"Tidak mudah membesarkan dua orang anak seorang diri, tetapi saya bersyukur kerana mendapat sokongan ibu serta adik-beradik sepanjang membesarkan mereka.

"Malah, persiapan majlis perkahwinan ini juga banyak dibantu oleh ahli keluarga," ujarnya.

Tambah pelakon drama Nur itu lagi, doa seorang ibu tidak pernah putus agar rumah tangga yang dibina anak dan menantunya sentiasa dipenuhi kebahagiaan.

"Apa yang lebih penting, saya doakan semoga ikatan yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga.

"Hidup berumah tangga mempunyai pelbagai cabaran. Apa yang penting, kedua-duanya perlu sentiasa bertolak ansur dan menjaga keharmonian.

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa," katanya.

Difahamkan, pasangan pengantin turut bakal diraikan dalam sebuah majlis bertandang yang dijadual berlangsung pada 27 Jun ini di sebuah hotel di ibu negara.

Anda mungkin berminat dengan

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must Watch Video

Advertisement