Skip to main content

Selebriti

“Kalau Tak Suka, Jangan Skodeng, Takut Makin Stress” - Rita Rudaini

Rita Rudaini anak-anak

Sekilas

  • Rita Rudaini kongsi rasa pelik bila masih ada yang perhatikan dia walaupun tak suka, malah ada yang berasa tak senang hanya dengan nama atau gambarnya.
  • Dia juga bersyukur anak-anaknya kini matang dan faham pengorbanan serta kesusahan yang dilaluinya sepanjang membesarkan mereka seorang diri.
  • Anak sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin, menepis dakwaan kejayaannya ada kaitan dengan bekas suami, Aidil Zafuan, dan menegaskan kejayaan itu hasil usaha sendiri.

Pelakon, Rita Rudaini berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir pihak yang didakwa masih memberi perhatian terhadap dirinya walaupun tidak menyukainya.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Rita berkata namanya masih menjadi perhatian sehingga ada yang berasa tidak senang dengan hanya mendengar nama atau melihat gambarnya.

“Kuat juga rupanya aura RR. Bertahun-tahun berlalu, tapi masih ada yang berdebar bila dengar nama, nampak gambar, atau sekadar tahu kewujudan.

“Kalau betul  tak suka, kenapa masih sibuk memerhati? Pelik ek,” tulisnya.

Dalam perkongsian yang sama, Rita juga turut mengimbau pelbagai dugaan yang pernah dilaluinya termasuk menjadi sasaran kecaman dan fitnah.

Bagaimanapun, Rita meluahkan rasa syukur apabila dua anak lelakinya kini sudah cukup matang untuk memahami segala pengorbanan dan kesusahan yang pernah dilaluinya sepanjang membesarkan mereka.

“Dari dulu kena hentam, difitnah, diuji. Sekarang anak-anak dah besar. Mereka nmpak sendiri air mata, penat lelah, jatuh bangun mommy.

“Jadi jangan hairan kalau mereka berdiri di depan untuk lindungi ibu mereka. 

“Bayang mommy dulu yang dikejar. Sekarang bayang anak-anak pun pun ada yang mula rasa tak senang. Nasihat kecil, kalau tak suka, jangan skodeng. Takut makin stress,” kongsinya.

 

Terdahulu, anak sulung Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin menyorot perhatian selepas membalas komen seorang individu yang mengaitkan kejayaannya dengan bapanya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Rayyan dengan tenang membalas komen tersebut dengan mempersoalkan siapakah individu yang dimaksudkan oleh pihak berkenaan.

Sebelum ini, Rita menegaskan kejayaan Airit yang mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar tidak mempunyai kaitan dengan bekas suaminya.

Rita menjelaskan bahawa dia membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bergantung kepada bantuan bekas suami.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement