Skip to main content

Viral

"Kalau Watak Ada Anak Ikan, Saya Terpaksa Tolak" - Madam Mariyah

mariyah

Sekilas

  • Madam Mariyah mengakui menerima tawaran berlakon filem daripada rumah produksi tempatan baru-baru ini.
  • Dia meletakkan syarat ketat berkaitan watak dan komitmen masa kerana perlu menguruskan perniagaan dan kerjaya seni.
  • Mariyah berminat berlakon watak yang sesuai, seperti watak datin, dan menolak watak yang tidak sesuai dengan usianya.
  • Dia sedang menyusun jadual kerana akan menjalankan penjenamaan semula produk kopi miliknya.
  • Madam Mariyah masih menunggu tarikh sebutan kes hadanah dan harta sepencarian dengan bekas suaminya serta menghormati keputusan mahkamah nanti.

Pempengaruh dan usahawan viral Madam Mariyah mengakui ada menerima tawaran berlakon filem daripada rumah produksi tempatan baru-baru ini.

Jelas Mariyah, dia bagaimanapun meletakkan beberapa syarat terutama soal watak dan komitmen masa memandangkan dia perlu membahagikan masa di antara menguruskan perniagaan serta kerjaya seni.

"Saya tidak ada masalah untuk berlakon, tetapi ada syaratnya.

"Sekarang pun saya sibuk tetapi minat dna rasa teringn itu memang ada. Lagipula, bila dapat tawaran, saya serba salah juga. Kena tengok watak. Saya nak jadi datin-datin.

"Kalau watak ada anak ikan ke apa, saya terpaksa tolak. Tidak manislah saya di usia ini, ada anak-anak melakonkan watak itu sebab saya bukan pelakon sepenuh masa.

"Saya juga perlu susun jadual terutama tidak lama lagi penjenamaan semula produk kopi saya. Jadi kalua kena masa dan watak, apa salahnya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mariyah memaklumkan, dia masih menunggu Tarikh sebutan seterusnya berhubung kes hadanah dan harta aepencarian antara dia dan bekas suaminya yang dikenali sebagai Mr. S.

"Buat masa ini, saya tidak ada apa-apa perkembangan selain menunggu keputusan mahkamah. Saya menghormati apa sahaja keputusan mahkamah," ujarnya.

Sebelum ini, Mariyah tular apabila mendakwa rumah tangganya bergolak lantaran kehadiran orang ketiga dan dia diceraikan secara langsung di aplikasi TikTok.

Must-Watch Video

Advertisement