Sekilas
- Pelakon Kamal Adli berkongsi bahawa sambutan Tahun Baharu 2026 adalah yang paling tidak menyeronokkan dalam hidupnya.
- Kamal menyatakan dia tiada mood untuk meraikan dan hanya bersyukur kerana ada komitmen kerja yang membantu mengalihkan perhatian.
- Isteri Kamal, Uqasha Senrose, telah memfailkan permohonan cerai pada Oktober lalu selepas tiga tahun berkahwin dan mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 bulan.
Pelakon Kamal Adli berkongsi suasana sambutan Tahun Baharu 2026 yang disifatkannya sebagai paling tidak menyeronokkan dalam hidupnya.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Kamal berkata dia tidak mempunyai perasaan untuk meraikan sambutan tersebut seperti kebiasaan.
“Ramai yang tanya semalam saya sambut New Year dekat mana. Well, tell me macam mana saya nak sambut, nak happy dan senyum-senyum depan orang kan.
“Nak tengok bunga api pun tak sampai hati. New year paling tak best. Allah je tahu,” tulisnya.

Bagaimanapun, Kamal bersyukur kerana masih mempunyai komitmen kerja yang sedikit sebanyak membantunya mengalihkan perhatian.
“Nasib ada shooting dan ada Threads ni. Kalau tak… lalalala. Enjoy your day rakyat,” katanya lagi dalam nada santai.
Untuk rekod, isteri Kamal, Uqasha Senrose, telah memfailkan permohonan cerai terhadap pelakon itu pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.