Skip to main content

Selebriti

Kamal Adli Beri Amaran Buat Uqasha & ‘Coach’ Cerai - “Kalau Kau Tak Puas Hati, Datang Jumpa Aku”

Kamal beri amaran pada Uqasha

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli memberi amaran kepada isterinya, Uqasha Senrose, dan individu dikenali sebagai ‘coach cerai’ supaya menyelesaikan isu rumah tangga secara bersemuka.
  • Kamal menegaskan tidak adil dipersalahkan tanpa diberi peluang untuk menjelaskan dan mendakwa ‘coach cerai’ hanya mendengar cerita sebelah pihak.
  • Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu, selepas mereka berkahwin pada November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 19 bulan.

Pelakon, Kamal Adli memberi amaran kepada isterinya, Uqasha Senrose dan individu yang digelar sebagai ‘coach cerai’. 

Menurut Kamal, situasi yang dihadapinya itu tidak adil dan meminta agar segala isu rumah tangga diselesaikan secara bersemuka kerana mereka masih bergelar suami isteri.

“Saya rasa benda ini tak adil untuk saya. Kalau kau tak puas hati, kau datang jumpa aku. Kau cakap depan-depan dekat aku sebab kau isteri aku lagi.

“Kau tak payah nak cerita dekat ‘coach cerai’ sampai lapan jam boleh duduk dengan orang itu,” katanya seperti yang dilapor mStar.

Kamal memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kamal turut menyuarakan rasa terkilan terhadap individu digelar ‘coach cerai’ yang didakwa mendengar cerita sebelah pihak tanpa pernah berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan.

“Coach cerai itu, setiap kali datang, tak pernah pun nak menghadap aku. Kau boleh dengar cerita sebelah sana sahaja,” katanya. 

Menurut Kamal, dia sentiasa bersedia untuk berjumpa dan berbincang secara matang, namun mendakwa pihak terlibat memilih untuk mengelak dan membawa isu tersebut secara terbuka.

“Datanglah jumpa aku. Aku ada, aku sedia sahaja untuk jumpa dengan kau. Asal kau lari? Pergi cerita dekat podcast apa semua,” ujarnya

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Sumber: mStar

Must-Watch Video

Advertisement