Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Kongsi Momen Istimewa Di Playschool Anak, Sampai Lupa Ambil Gambar - “Ibu Hawra Pun Ada Juga…”

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli berkongsi kegembiraan menemani anaknya, Uqaira Hawra, ke playschool buat pertama kali.
  • Bekas isteri Kamal, Uqasha Senrose, turut hadir bersama mereka pada hari istimewa itu.
  • Kamal teruja sampai terlupa nak ambil gambar sebagai kenangan momen tersebut.
Advertisement

Pelakon Kamal Adli berkongsi rasa teruja apabila berpeluang menemani anak kesayangannya iaitu, Uqaira Hawra, ke playschool buat pertama kali.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Kamal mengakui momen itu cukup bermakna buat dirinya apabila dapat melihat sendiri anaknya bermain, belajar dan menyanyi bersama rakan-rakan.

 

“Nak cerita boleh ke? Okay! Semalam (Rabu) gembira diriku pertama kali dapat pergi playschool Hawra. Dapat tengok dia main-main, belajar dan menyanyi. 

Advertisement

 

“Ayah ia paling beria sekali,” kongsi Kamal menerusi Threads. 

 

Dalam masa sama, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu turut memaklumkan bekas isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose, turut hadir menemani mereka.

 

Namun, keterujaan itu membuatkan pelakon berusia 40 tahun itu terlupa merakam gambar sebagai kenangan.

 

“Ibu Hawra pun ada juga ha.😊 Haihh… Owh ya beria sampai terlupa nak ambil gambar. Buduhnya 🤣 ok done curhat! Korang jaga diri baik-baik tau!” katanya lagi. 

 

Untuk rekod, Kamal pernah berkahwin dengan Uqasha pada 5 November 2021 namun perkahwinan mereka telah berakhir dengan perceraian pada Januari 2026 selepas empat tahun bersama.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

Must Watch Video

Advertisement