Sekilas
- Kamal Adli meluahkan kekecewaan terhadap netizen yang suka memperlekehkan perkara kecil yang dianggap manis dalam hidup seseorang.
- Kamal menegaskan setiap individu ada impian masing-masing dan tidak perlu dilihat dari sudut negatif, termasuk hasrat untuk menerima bekal makanan dari isteri.
- Hantaran lelaki yang mahu isteri pandai memasak dan sediakan bekal mendapat pelbagai reaksi netizen, positif dan negatif.
Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang dilihat gemar memperlekeh dan memberikan kata-kata negatif terhadap perkara kecil yang dianggap sebagai sesuatu yang manis dalam kehidupan seseorang.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Kamal berkata setiap individu mempunyai impian masing-masing dan perkara itu tidak perlu dilihat daripada sudut negatif.
“Mak bekalkan abang ni makanan pegi kerja. Abang tu kalau boleh nanti nak kahwin dapat isteri boleh buatkan bekal juga even cekodok,” tulisnya.

Tambah Kamal lagi, dia juga tidak memahami mengapa perkara yang dianggap menggembirakan seseorang perlu dijadikan bahan kecaman.
“Nak sweet sweet lah kan. Pun boleh ada orang kecam cakap dia bodoh. Putus susu bagai la. Part mana salah pun tak tahu lah.
“Masing-masing ada impian masing-masing nak sweet kan. Macam saya nak pergi jalan-jalan dekat matahari,” coretnya.
Terdahulu, tular hantaran seorang lelaki di platform Threads menyatakan hasrat untuk memiliki isteri yang pandai memasak serta menyediakan bekal makanan untuk dibawa ke tempat kerja.
“Mak bekalkan mi goreng pagi ni. To my future wife, please bekalkan saya breakfast setiap hari. Cekodok pun saya ok,” kongsinya.
Bagaimanapun hantaran itu menerima pelbagai reaksi netizen tidak kira sama ada positif mahu pun negatif.