Sekilas
- Pelakon Kamal Adli menyampaikan ucapan takziah atas pemergian YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada usia 100 tahun.
- Kamal turut berkongsi rasa sebak melihat Tun Dr. Mahathir Mohamad menangis kehilangan isteri tercinta.
- Allahyarhamah dikenang sebagai ikon wanita negara dan peneman setia perjuangan Tun Dr. Mahathir.
Pelakon Kamal Adli menzahirkan rasa dukacita atas pemergian YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali selain mengakui tersentuh melihat kesedihan Tun Dr. Mahathir Mohamad kehilangan teman hidupnya.
Menerusi Threads, Kamal menitipkan ucapan takziah dan doa agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman dan dikurniakan syurga.
“Perginya seorang ikon wanita negara. Peneman setia perjuangan Tun M. Al-Fatihah,” tulisnya.

Dalam hantaran berasingan, Kamal turut meluahkan rasa sebak selepas melihat Tun Dr. Mahathir mengalirkan air mata susulan pemergian isteri tercinta.
“Bila tengok seorang lelaki, tokoh yang kuat mengalirkan air mata, hancur hati aku.
“Ya Allah, Kau beri kekuatan dan kesihatan kepada beliau. Kami tahu berat, tapi bantu beri ketenangan kepadanya. Amin,” katanya.
YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi pada usia 100 tahun.
Pemergian Allahyarhamah pada 16 Rabiulakhir 1448H turut mengundang ucapan takziah dan penghormatan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Sumber: Threads