Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Syukur Industri Malaysia Tak Macam ‘Negara Sebelah’ - “Kalau Kena Buat Babak Seperti Filem…”

fvdfv

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli bersyukur kerana industri filem dan drama Malaysia masih mengekalkan nilai dan batasan tanpa menampilkan kandungan keterlaluan seperti sesetengah karya dari negara jiran.
  • Kamal berkongsi reaksi selepas menonton filem Indonesia La Tahzan dan berseloroh tentang reaksi keluarganya jika terlibat dalam babak sensitif seperti itu.
  • Perkongsian Kamal mendapat sokongan netizen yang menghargai usaha industri hiburan tempatan menjaga budaya dan sensitiviti masyarakat.

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila industri perfileman dan drama di Malaysia tidak menampilkan kandungan keterlaluan seperti yang terdapat dalam sesetengah karya dari negara jiran.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads, Kamal dipercayai memberi reaksi selepas menonton filem Indonesia yang sedang tular berjudul La Tahzan.

Menurut Kamal, dia bersyukur kerana industri tempatan masih menjaga batas dan nilai, khususnya melibatkan babak-babak sensitif.

“Nasib baik syukur sangat industri filem dan drama kita tak macam negara sebelah. 

“Kalau kena buat scene-scene macam La Tarzan tu, mampus kena pancung dengan mak dan ayah aku,” tulisnya.

vfef

Pelakon drama Dia Imamku itu turut sempat berseloroh dengan reaksi anaknya sekiranya dia terlibat dalam babak sedemikian.

“Hawra jentik kuku ayah,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen, dengan ramai bersetuju bahawa industri hiburan tempatan masih menitikberatkan nilai budaya dan sensitiviti masyarakat, berbanding mengejar sensasi semata-mata.

Must-Watch Video

Advertisement