Sekilas
- Isu anjing liar mati di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang mendapat perhatian ramai di media sosial.
- Pelakon Kamal Adli menasihatkan supaya tidak membuat kenyataan tanpa mengetahui cerita sebenar dari kedua-dua pihak.
- Kamal berpendapat individu yang menangkap anjing tersebut hanya menjalankan tugas dan kejadian kematian berlaku akibat situasi tidak dijangka.
Isu mengenai anjing liar yang mati di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang baru-baru ini mendapat perhatian ramai yang rata-rata menyuarakan pendapat masing-masing di laman sosial.
Pelakon Kamal Adli menerusi Threads bagaimanapun berharap tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selagi tidak mengetahui cerita daripada kedua-dua pihak.
“Salam rakyat. Sekarang tengah isu betul-betul panas lagi-lagi dalam Threads. Jadi, saya nak minta maaf. Apa yang saya belajar hari ini, hidup ini apa-apa isu kena dengar betul-betul daripada kedua-dua pihak.
“Jangan buat apa-apa kenyataan kalau tak pasti lagi. Jangan main isu agama, jangan main isu sensitf,” pesan Kamal.
Kamal juga berpendapat individu yang menangkap anjing liar yang diberi nama ‘Rocky’ itu hanya menjalankan tugasnya dan berlaku situasi yang tidak jangka sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati di lokasi.
“Apa yang saya nampak abang itu buat kerja dia saja dan ada pergelutan. Kalau salah, betulkan saya,” jelasnya lagi menerusi hantaran yang sama.
Sumber - Threads