Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Titip Pesanan Buat Uqasha Lepas Sah Cerai, Letak Kesalahan Sepenuhnya Pada Diri Sendiri - “Maaf Jika Saya Gagal Bahagiakan Awak...”

gbff

Sekilas

  • Kamal Adli mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose, atas segala pengajaran tentang kehidupan berumah tangga dan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang perkahwinan mereka.
  • Kamal mengakui kekurangan dirinya menjadi punca perceraian dan memohon maaf serta doa agar diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan selepas ini.
  • Mereka berkahwin pada November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, namun Kamal melafazkan cerai talak satu pada Isnin lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pelakon Kamal Adli menitipkan kata-kata penghargaan buat bekas isterinya, Uqasha Senrose, kerana sudi menerimanya sebagai suami empat tahun lalu meskipun rumah tangga mereka kini berakhir dengan perceraian.

Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata Uqasha banyak mengajarnya tentang kehidupan berumah tangga serta tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan bapa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana pernah menerima saya sebagai suami. Dialah yang banyak mengajar saya tentang kehidupan berumah tangga dan bagaimana menjadi seorang lelaki.

“Sejujurnya, saya tidak mempunyai pengalaman dalam perkahwinan, apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Jadi, saya amat menghargai segala yang dipelajari daripadanya,” katanya.

Kamal ditemui dalam keadaan sugul selepas melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Isnin.

Dalam pada itu, Kamal turut mengakui segala kekurangan dalam perkahwinan mereka berpunca daripada dirinya sendiri.

“Saya mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam diri saya sehingga membawa kepada situasi ini. Kesalahan itu saya letakkan sepenuhnya pada diri sendiri.

“Jika saya seorang suami yang lebih baik, mungkin perkara ini tidak berlaku. Namun, saya reda dengan ketentuan ini,” ujarnya.

Kamal juga memohon doa orang ramai agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan selepas perceraian.

“Saya mohon didoakan agar diberi kekuatan. Kepada keluarga Uqasha, saya memohon maaf jika gagal menjaga dan membahagiakan dia dengan sebaiknya.

“Saya sudah mencuba sedaya upaya, namun setakat ini sahaja jodoh kami,” jelasnya.

Ditanya mengenai hubungan dengan Uqasha selepas perceraian, Kamal berkata masih terlalu awal untuk menentukan sama ada mereka mampu mengekalkan hubungan sebagai sahabat.

Terdahulu, Kamal melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd. Ali kira-kira pukul 12.56 tengah hari pada Isnin.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Must-Watch Video

Advertisement