Skip to main content

Hiburan

“Kami Baru Kenal Disember Tahun Lalu… Kalau Ada Jodoh, Adalah” - Nadia Brian

Nadia Brian

Sekilas

  • Nadia Brian mengesahkan dia dan usahawan Nedim Nazri baru berkenalan sejak Disember tahun lalu.
  • Dia berharap desas-desus hubungan mereka renggang tidak diperbesarkan dan menegaskan fokus utamanya adalah pada keluarga dan kerjaya.
  • Terdahulu, timbul spekulasi hubungan mereka bermasalah selepas mereka dilihat tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.
Advertisement

Pelakon, Nadia Brian menyorot perhatian apabila memberi ulasan mengenai hubungannya bersama usahawan, Nedim Nazri atau lebih mesra disapa Boss Ned.

Menerusi ruangan komen di Threads, Nadia memaklumkan bahawa dia dan Boss Ned baru sahaja berkenalan.

Advertisement

Justeru, berharap agar desas-desus mengatakan hubungannya bersama bekas suami pelakon, Nora Danish itu semakin renggang tidak lagi diperbesarkan.

“Kami baru saja berkenalan Disember tahun lalu. Ada jodoh, adalah dan kalau tak ada jodoh, tak adalah,” tulisnya.

Tambah Nadia, fokus utamanya ketika ini adah terhadap kerjaya serta keluarga.

“Saya macam biasa, tetap akan fokus pada keluarga dan kerja,” tulisnya lagi.

Terdahulu, timbul desas desus mengenai hubungan Nadia dan Boss Ned yang dikatakan sudah mula renggang selepas mereka dilihat saling tidak mengikuti akaun masing-masing di media sosial.

Sebelumnya, Nadia dan Boss Ned dikatakan mempunyai hubungan istimewa selepas mereka dilihat saling menunjukkan kemesraan di medium media sosial.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement