Skip to main content

Hiburan

“Kami Berharap Muzik Dapat Didengari & Dicintai Kerana…” - BTS Tarik Diri Daripada Grammy 2027

BTS menjelaskan keputusan itu dibuat kerana mereka mahu muzik dihargai berdasarkan nilainya, bukannya diasingkan mengikut wilayah atau bahasa.

Sekilas

  • BTS mengumumkan mereka tidak akan menghantar karya untuk dipertimbangkan dalam Anugerah Grammy 2027.
  • Keputusan dibuat kerana mereka mahu muzik dihargai berdasarkan nilai, bukan diasingkan mengikut wilayah atau bahasa.
  • Pengumuman ini dibuat selepas kategori Best Asian Pop Music Performance diperkenalkan, yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat K-pop.
Advertisement

Kumpulan K-pop, BTS mengejutkan peminat apabila mengumumkan tidak akan menghantar sebarang karya untuk dipertimbangkan pada Anugerah Grammy 2027.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dimuat naik serentak di Instagram oleh ketujuh-tujuh ahlinya iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.

Advertisement

Dalam kenyataan tersebut, BTS menjelaskan keputusan itu dibuat kerana mereka mahu muzik dihargai berdasarkan nilainya, bukannya diasingkan mengikut wilayah atau bahasa.

“Kami telah memutuskan untuk tidak menghantar penyertaan ke Grammy tahun ini.

“Kami berharap muzik dapat didengari dan dicintai kerana nilainya, bukannya dibahagikan mengikut wilayah atau bahasa,” kata mereka. 

Sebelum ini, BTS diramalkan menjadi antara calon utama dalam beberapa kategori terbesar Grammy menerusi album kemunculan semula mereka, Arirang, yang muncul sebagai antara album paling laris tahun ini.

Malah, lagu utama album tersebut, Swim, yang berjaya menduduki tangga pertama carta di Amerika Syarikat, turut disebut-sebut sebagai calon berpotensi bagi kategori Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year).

Namun, lagu tersebut tidak layak dicalonkan dalam kategori baharu Best Asian Pop Music Performance yang diumumkan bulan lalu.

Mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak Grammy, lagu yang bertanding dalam kategori itu perlu mengandungi penggunaan bahasa Asia yang signifikan, sedangkan lebih 80 peratus lirik dalam album Arirang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris.

Pengenalan kategori Best Asian Pop Music Performance menerima pelbagai reaksi, khususnya dalam kalangan peminat K-pop.

Ramai berpendapat kategori itu seolah-olah mengasingkan artis Asia daripada bersaing secara sama rata dalam kategori utama, sekali gus mewujudkan jurang berdasarkan asal-usul dan bahasa.

Kenyataan BTS yang menyebut mengenai "wilayah" dan "bahasa" dilihat sebagai gambaran jelas terhadap kebimbangan tersebut.

Sebelum mengakhiri kenyataan mereka, kumpulan itu turut menzahirkan penghargaan kepada peminat setia mereka, ARMY.

“Terima kasih kepada ARMY dan semua yang sentiasa bersama kami,” tambah BTS. 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement