Ringkasan AI
- Shila Amzah meluahkan rasa tidak puas hati kerana sering diminta bayaran dalam bentuk ‘pakej suami isteri’ untuk kerja bersama suaminya, Ubai MZ.
- Shila menegaskan mereka bukan satu pakej yang perlu dibayar bersama kerana masing-masing mempunyai kerjaya dan kadar bayaran berbeza.
- Dia menegaskan bahawa mereka tidak boleh dianggap seperti beli satu percuma satu dalam urusan kerja.
- Shila juga menyatakan walaupun hanya muncul sekejap atau menggunakan suara sahaja, bayaran tetap berasingan.
- Kenyataan Shila mendapat sokongan netizen yang bersetuju dengan pendiriannya.
Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pihak yang didakwa sering meminta bayaran dalam bentuk ‘pakej suami isteri’ apabila berkaitan dengan kerja yang melibatkannya bersama suami, Ubai MZ.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Shila berkata dia dan suaminya bukanlah satu pakej yang perlu dibayar secara bersama kerana masing-masing mempunyai kerjaya serta kadar bayaran berbeza.
“Tetaplah nak harga pakej laki bini. Usahlah wahai kawan, kasihanilah kami yang freelance ni. We dont come in package. Kami bukan beli satu percuma satu.
“Tidak kiralah muncul satu saat ke, cuma guna suara ke,” tulisnya.
Kenyataan Shila itu mendapat perhatian netizen yang bersetuju dengan pendiriannya.
