Sekilas
- Nurin Afiqah memperkenalkan rekaan baru pakaian aktif sopan melalui jenama NADA Identity yang menekankan keselesaan, litupan dan kebebasan bergerak untuk wanita.
- Lebih 1,000 wanita menyertai gerakan kecergasan NADA Identity di Johor dengan yuran RM15 untuk tiga aktiviti, menjadikan gaya hidup aktif lebih inklusif dan mampu milik.
- Pakaian NADA Identity dilengkapi teknologi anti-bau, perlindungan UV UPF50 dan ciri fabrik khusus untuk menyokong keperluan wanita aktif sambil membina komuniti yang menyokong keyakinan dan keselesaan.
Pempengaruh dan usahawan Nurin Afiqah tampil dengan rekaan baru untuk pakaian aktif sopan (modest performance activewear) menerusi jenama NADA Identity.
Seiring perkembangan gaya hidup aktif, Nurin Afiqah, berkata rekaan kali ini memberikan lebih litupan pada bahagian tubuh yang sering menjadi kebimbangan wanita ketika bersukan, sambil memastikan pemakai kekal selesa dan bebas bergerak.
“Bagi NADA, kecergasan bukan sekadar tentang penampilan fizikal. Ia juga tentang keyakinan diri, keselesaan dan komuniti yang kita bina bersama.
“Kami mahu wanita mempunyai lebih banyak pilihan pakaian yang membuatkan mereka rasa selesa, yakin dan bebas bergerak, tanpa perlu memilih antara kesopanan, gaya dan prestasi,” katanya.
Lebih 1,000 wanita dihimpunkan dalam satu gerakan kecergasan apabila NADA Identity, mengembangkan komuniti wanitanya ke Johor buat pertama kali di luar Lembah Klang.
Dengan yuran penyertaan hanya RM15 untuk tiga aktiviti kecergasan, inisiatif ini mencerminkan komitmen NADA Identity untuk menjadikan gaya hidup aktif lebih mudah diakses, inklusif dan tidak terbatas oleh faktor kos.
NADA Identity lahir daripada satu keperluan yang semakin mendapat perhatian sebagai pilihan pakaian aktif yang menggabungkan kesopanan, keselesaan, gaya dan berperanan untuk memenuhi keperluan wanita.
NADA Identity juga memperluaskan fokus kepada pakaian berprestasi tinggi untuk aktiviti kecergasan berintensiti tinggi, dengan penerapan teknologi seperti anti-bau (anti-odour) dan perlindungan UV UPF50, selain ciri-ciri fabrik lain yang direka untuk menyokong keperluan wanita aktif.
Lebih daripada sekadar acara kecergasan, aktivasi ini menjadi ruang untuk wanita bergerak bersama, berhubung dan saling memberi inspirasi, selain menandakan langkah awal NADA Identity dalam memperluaskan komuniti ke seluruh Malaysia.
Melalui gabungan pakaian aktif sopan, inovasi, kecergasan dan komuniti, NADA Identity mahu membuka lebih banyak ruang untuk wanita kekal aktif dengan cara yang selesa, yakin dan sesuai dengan keperluan mereka.