Sekilas
- Syifa Melvin memohon maaf secara terbuka di platform Threads atas tindakan siaran langsung yang mengaibkan bekas adik iparnya, Syafiq.
- Syifa mengaku terlalu emosi ketika membuat siaran langsung tersebut dan menerima segala kecaman daripada netizen.
- Beliau berharap agar selepas ini hanya perkara baik yang berlaku untuk semua pihak terlibat.
Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform Threads miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Syifa mengakui dirinya dalam keadaan terlalu emosi sehingga membuat siaran langsung di sosial media mengaibkan bekas adik iparnya, Syafiq.
“Salam, rendah diri dan rendah hati kami mohon maaf atas apa yang jadi. Kami mengaku terlalu emosi sampai buat live sekaligus mengaibkan Shafiq,” kongsinya.
Pada hantaran yang sama, Syifa yang juga isteri kepada pemain bola sepak Safawi Rasid itu juga memohon maaf kepada Shafiq selain menerima segala kecaman daripada netizen.
“Kepada Shafiq, kami minta maaf. Awak pernah menjadi keluarga. Kepada netizen, kami terima segala kecaman sebab ini adalah harga yang kami perlu bayar.
“Semoga selepas ini yang indah-indah saja untuk kita semua,” kata Syifa lagi.
Sumber - Threads